12.4.07

Nasi Paella my style



Nasi Paella...spanish again today. Nasi seafood spanish style..mostly resipi dia isi mcm2 seafood..udang, sotong, mussels n crab. tp yg ni dah ubahsuai sket ikut selera kat sini. one thing jun suka sgt buat nasi ni sbb sume lauk dah ade kat dalam nasi ni..kalau masa x brape ade..mmg elok la masak ni. nasi ni boleh makan camtu aje..dah cukup segala rasa kat dalam dia..

250gm beras basmathi
100 gm isi ayam-didadu
100gm udang
2 batang sosej-hiris/dadu
1/4 cili capsicum merah-dadu
1/4 cili capsicum hijau-dadu
secubit serbuk kunyit
secubit saffron
1/2 sudu kecil cili hijau tumbuk
1/2 sudu kecil bawang putih tumbuk
1/2 biji tomato-dadu
1/4 cawan kacang peas
1 daun bay
1/4 bawang besar-dadu
1 kiub ayam
air secukupnya
garam n pepper
1/2 cawan minyak
1 sudu besar jus lemon
daun bawang n daun parsley cincang untuk hiasan

masak nasi bersama air, kiub ayam, serbuk kunyit, saffron, 2 sudu besar minyak, daun bay dan garam.
sementara itu, goreng ayam dan sosej bersama garam, pepper, cili hijau n bawang putih tumbuk. ketepikan.
goreng pula (guna sedikit minyak) capsicum, bawang besar, kacang peas dan tomato. ketepikan.
lebihan minyak tadi, goreng udang bersama jus lemon sebentar.ketepikan.
bila nasi hampir masak (sudah agak kering), masukkan semua bahan yg digoreng tadi dan kacau sedikit. hidangkan dan hias dengan daun bawang n daun parsley.

No comments: