19.7.07

Rendang ayam bonda

Saje j letak nama tu...terasa nk makan rendang. resepi ni dah lama dalam collection...makan ngan nasi impit..my kids mmg suka.

1 ekor ayam-potong
30gm cili kering-kisar
5 helai daun salam
5 helai daun limau purut
santan dari 1 biji kelapa
10 biji buah keras-kisar
20gm kerisik
garam n gula
minyak

bahan tumis:
160gm bawang merah
100gm bawang putih
40gm halia
40gm lengkuas
4 batang serai
20gm kunyit hidup

panaskan minyak, tumis bahan tumis dan cili kering hingga naik bau n garing sedikit.
masukkan santan, buah keras, daun salam n daun limau. masukkan ayam, gaul sebati. masukkan garam n gula. masukkan kerisik dan masak hingga pekat dan hampir kering.

1 comment:

Lydia said...

nak try resepi ni nanti... kena shop utk semua bahan2... fridge kosong!!