21.2.08

Ayam pandan

Dah lama nak wat ni...tgk gambo, mcm cucur pisang lak..ahakks! tp best..jom try...



300 gm daging ayam tanpa tulang-potong kecil2
3 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 in halia-kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
garam sket
daun pandan secukupnya

gaul bahan kisar bersama sos tiram, kicap, minyak bijan, jintan manis, pepper n garam. masukkan isi ayam n gaul rata. perap 1/2 jam. bentukkan pangkal daun pandan 3 segi mcm nak wat ketupat palas, isi ayam tadi n lipat serta selitkan ujung daun pandan. (boleh gak nak guna toothpick). perap lagi selama 1 jam. goreng terendam menggunakan api sederhana hingga garing. angkat n hidangkan.

5 comments:

Mat Gebu said...

kak jun..pos skit ke kulai...seddap nyaaa...dah lama nak buat tapi kan, malasszzzzxxxxx leerrr....

I Cook4Fun said...

Jun, i was just thinking to buat ni and you already post the recipe kat sini :) :)

MamaFaMi said...

Ayam pandan ni, neighbour kat rumah lama dulu selalu buat. Bila dia goreng wangi je. Dia ada bagi resipi tapi, biasalah kan. Resipi main dengar-dengar tak tulis.. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri....

Jun :) said...

mat..akak ni pon..ntah brape kali tunda..daun pandan dah nk layu..kna la wat gak..

Gert,byk version gak resepi pandan chicken ni..ni, one of 'em la..

mama, mmg wangi..bau daun pandan tu..alahai, kna cr balik la neighbour mama tu..hikks!

arsaili said...

sedapnya..nak nak nak