19.1.09

Nasi lemak kukus n sambal ikan bilis stail Inahar...



Dah lama x buat nasi lemak..kali ni try wat yg kukus lak..resepi dr Noya kat MyR...manakala sambal lak jun ikut resepi Kak Ina dr tu la..hehe...lebih kurang mcm yg jun slalu buat cuma x goreng bawang tu dulu...

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Bahan:

150 gm ikan bilis sudah disiang

50 gm ikan bilis utk diblender bersama bawang

4 biji bawang besar (3 biji diblender, 1 biji lg di potong2 aje)

3 sudubesar cili giling (ikut kepedasan di sukai)

belacan sebesar ibujari

1 keping asam

garam

gula

perisa jika suka

minyak

mula2 blender bawang,ikan bilis dan belacan.panaskan minyak then goreng bawang besar potong dulu sampai keemasan warnanya dan ketepikan.then goreng pulak ikan bilis hingga garing dan ketepikan.lepas tu menggunakan minyak yg masih dlm kuali tu utk menumis bahan2 kisar td sampai naik bau,kemudian masukkan cili giling.tumis sampai garing.lastly masukkan ikan bilis dan bawang yg telah digoreng sebelumtu, garam,gula,asam keping dan perisa. tumis sebentar kalau pekat sgt tambah air sikit..

Nasi Lemak Kukus

5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa


Cara-cara
Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

No comments: