26.2.09

Masak jeruk ikan

Resipi macam acar ikan tu gak la...saje2 try versi dr Bee rbs kat MyR lagik...

3-5 ekor ikan goreng (apa2 aje ikan goreng yg tak habis..baru goreng pun boleh juge..)
10 ulas bawang merah - kalau besar belah dua aje..
10 ulas bawang putih - kalau besar belah dua.
2 inci halia - hilis halus memanjang.
sedikit biji sawi
2 - 3 biji cili merah - belah 2
5 sudu cuka makan
2 cawan air
1/2 sb gula
garam secukup rasa
3 sb minyak untuk menumis
1/2 sb jintan manis / jintan besar - tumbuk halus dan ambil airnya.

Cara-cara
Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih, biji sawi dan halia. Biar hingga kekuningan.
Masukkan air, cuka, air jintan manis & gula. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan goreng dan cili merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Imbangkan rasa masin, manis & masam.
Siap..selamat mencuba...!!
Note: Jeruk ni lebih sedap selepas semalaman sebab semua isi dah sebati dgn cuka..

0 Clean Plate(s):