10.3.09

Kerepek pedas cornflakes

Cornflakes lagi...saje nak abiskan stock ni...buat tuk adik makan kat hostel dia..resepi dr newbie123 kat MyR..

semangkuk cornflakes
1/2 sudu makan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air (jun campur serbuk kari sket)
1-2 sudu air asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu bijan disangai

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan serbuk cili. Masukkan air asam jawa, gula, dan garam. Kacau sehingga naik minyak.
Rasakan manis/masin/masam nya. Setelah ok rasanya, tutup api. Kemudian masukkan cornflakes. Kacau sebati.
Taburkan dengan bijan. Siap untuk dimakan.

No comments: