19.8.09

Ayam goreng berempah serai

Resepi dr love2cook ni ramai gak dah buat kan..so kali ni jun plak buat..salah satu lauk makan ngan nasi kat bawah tu...


1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
---------------------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

4 Clean Plate(s):

ain said...

pehh...seddaapppp!!!!

blogresipi said...

Order sepinggan nasik halia kuning sama ayam goreng serai nih kak.. ayam mintak lebey yer.hehee

wow gold said...

wow ! what a blog

wow gold buy said...

nice game