25.8.09

Ayam kampung kapten

Kapten manalah masak ni yer? akak ambik resepi ni dr umah Wan No ni. mula ingat kapitan tp mmg kapten tulis kat situ..x kisahler..saje nak abiskan ayam kampung kat umah ni...sedap gak tau even simple aje. suka part daun kari tu ditumbuk jd pes...

1 ekor Ayam (dibuang kulit dan dipotong)
15 tangkai Cili kering
20 tangkai Daun kari (diambil daun sahaja)
1 sudu makan Kunyit serbuk
3 biji Bawang besar (dipotong bulat)
3 biji Cili hijau
3 biji Cili merah
1 cawan Santan atau susu cair
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak jagung untuk menumis.


Cara Cara


1. Lada kering, daun kari dan serbuk kunyit dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga kering. Masukkan ayam, garam dan sebuk perasa lalu dikacau rata. Langsung masukkan santan dan sedikit air dan dikacau rata.
3. Apabila ayam sudah masak dan kering, masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar yang dipotong bulat.
4. Kemudian kacau dan masak lebih kurang 5 atau 6 minit. Lalu bolehlah dihidang.

3 Clean Plate(s):

RiShaZalia said...

kak jun.... masak kapten ni mmg sedap guna ayam kampung eik... berpinar mata tgk benda alah ni :D

VG said...

Hi Jun....Happy ramadan....can I come over to eat? The chicken looks so delicious!

ain said...

ni pun sedap gak ni!!! adoiii...dah terliur dh ni kak!!!