22.10.09

Daging singgang merah

Resepi dr Putra yanty kat MYR jugak.... pestaim mkn singgang daging..hehe

  • 1/2 kg Daging
  • 6 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu besar ketumbar
  • sedikit lada hitam
  • 1 sudu cili giling/cili kering (diblend)
  • Garam, Gula & perasa secukup rasa
  • 1 sudu budu (jika suka)
  • 1 inci halia (boleh kurangkan kalau tak suka)

Cara-cara

  1. Hiris daging nipis-nipis. Bersihkan dan ketepikan. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan masak. Bila air daging tu dah agak2 kering, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Biarkan mendidih..Dah pun siap. Senang dan sedap!

2 comments:

cikmanggis said...

jun..ini fvrt cm...sedapnya hirup kuah tu hmmm yummy

MamaFaMi said...

Wah senang dan sedap ni....