23.10.09

Gulai ayam (daging)..kelantan style

Resepi gulai (kwn roti jala kt bwh tuu) ni jun dpt dr umah ni...yg mmg banyak bg resepi masakan dr kelantan... sbb jun pun dulu duk pantai timur so mmg expose ngan makanan dr sana. kebetulan ade lagi rempah yg dikirim oleh Ann aritu, hikk2. janji nak buat nasi dagang tp x post2 lagi...hehehe. ni, resepi asal yek...sejibik2 copy...hakcipta terpelihara kzi ni..kita tolong promote yek..heeee

  • Ayam setengah ekor dipotong dan dibersihkan
  • santan RM0.50 sen *memang nampak sikit santannya tapi kuahnya nanti akan cantik sebab masak guna api kecil*
  • rempah kari ayam 1 paket(kalau paket biasa brand Adabi) *macam saya, guna rempah kari dari Kelantan....tapi takpe, boleh je guna apa2 brand sekalipun....saya kalau terputus bekalan pun guna je rempah kari mana2*
  • ubi kentang 4 biji
  • # bawang merah besar(bawang India) 3 labu
  • # halia 1 setengah inci
  • # bawang putih 1 atau 2 ulas
  • # cili kering 5 tangkai direndam, dibersihkan
  • rempah 4 sekawan(kulit kayu manis +++)
  • 2 asam keping
  • garam secukup rasa
  • manisan/gula melaka secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
  1. Mesin bahan yang bertanda # kemudian tumiskan kesemuanya. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Dikacau-kacau sebentar sebelum diikuti dengan rempah kari yang telah dijadikan pes(campur sedikit air masak)
  2. Biarkan rempah betul2 masak.
  3. Kemudian masukkan ayam, balik2kan biar bersalut dengan rempah di dalam periuk. Masak guna api kecil kalau tidak dikhuatiri hangit pula jadinya.
  4. Biarkan ayam kecut dan masak sebati...*langkah ini orang Kelantan bagi gelaran "Matti Hawas .... ;p
  5. Masukkan asam keping.
  6. Ok, sampai time masukkan santan dan 'air masak'. Curahkan perlahan2 'air masak' di sekeliling bahan dalam periuk*bukan bump di tengah2*
    diikuti santan. Godek2kan santan dan air biar bercampur. Bahan2 ditengah biarkan saja tenggelam perlahan2, jangan dikacau*
  7. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil. Gulai bolehlah di kacau sekali-sekali.
  8. Bila kentang dah empuk, bolehlah dimasukkan garam dan manisan.
  9. Gulai dah sedia untuk dihidangkan. Gulai yang dimasak tengahari akan lebih terasa sedapnya bila nak makan untuk time dinner. Orang kata dah "berpalut"rasanya, berbeza dengan rasa baru2 masak......

4 comments:

fzi said...

Salam Jun,
Woahh... best nampaknya gulai jun tu....
..akak kalu buat gulai sengaja masak lebih2 sikit...kalu ada lebih esoknya boleh wat breakfast makan cicah dengan roti gardenia.. :))

Uncle Lee said...

'Hello MAS'? Yes....I want a ticket to KL asap? Pardon? No more seats? Alamak!
I bring my own seat, boleh ke? Or dudok tepi captain, co-pilot pun boleh, as long they married men".

"Cannot? Okay, dalam flight cabin, dudok with the sarong air hostesses, boleh? Cannot also?

This very urgent, saya nak pergi kawan JUN punya rumah, dia masak gulai ayam, saya da lama ta'makan.
Saya da miss dia punya roti jala....

Okay, saya try next flight....". Lee.

geraugebang said...

best tu, gulai kawah.

Mama Danish said...

kak jun sedapnye..tringat plak lily kt msakan ma kt kg tuh..huhu