31.12.09

Ayam ala Kenny Rogers

Sedap ayam ni.......resepi dr sharm1969 @MYR..

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

6 Clean Plate(s):

LOVE2COOK said...

Tumpang makan kat sini erk kakJun! hehehe :)

ain said...

sedapnyaaaa!!!!

MJ WORLD said...

cam sedap sgt jer.... nak try ni. Thanks Jun

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..

Sedapnya ayam tu...Alamak ayam kat esbox ni tokey kedai tu dah potong kecik² lah pula...

Xpelah tunggu ayam next week, suh dia potong 4 jeee....InsyaAllah, Nanti boleh try resipi ni...Boleh rasmi herba campur tu...Org beli kita pun nak beli tapi tak tau nak masak apa ngan tu...he he he he

mummyseri said...

kak jun dtg amek sepeha ayam keni roges ni..nasik uma kite baru je masak ni :)

Adnazthie said...

Salam Maal Hijrah n Selamat Tahun Baru buat Puan sekeluarga. Dah jumpa blog ni. Insyaallah sedap...nanti saya pun nak buat lagi..