29.4.09

Udang sos plum

Ramai dah buat..resepi dr umah cik Mat ni...senang n sedap...trademark akak la tu, ekeke. cnp aje ekkk....

10 ekor udang galag bersaiz sederhana
2 tiub tauhu jepun (akak x d stok..)
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, dititik
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dibersihkan, cuci dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng udang tadi 3/4 masak. Angkat dan toskan. Tauhu jepun dipotong 8 setiap tiub, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air.
Bila mendidih, masukkan udang dan tauhu jepun, gaul dan tambah garam jika perlu. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.....

Nasi carrot

Resepi dari dalinnasue kat MyR...

Bahan A - dikisar
10 biji cili hijau
1 sd besar lada putih
1 sd besar jintan manis
5 ulas bawang putih
Bahan utk menumis:
Buah pelaga, Bunga lawang
Bunga cengkih, Kulit kayu manis
4 cawan beras (cuci & toskan)
600 gm carrot (di parut)
½ ekor ayam (potong kecil)
300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
3 biji bawang besar (di hiris)
4 sd besar minyak sapi
3 cawan air rebusan ayam
1 cawan santan
garam
daun pandan

Cara-cara
Gaulkan carrot bersama beras.
Rebus ayam bersama 3 cawan air.
Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.

Lauk2 bese aje



Ni, letak gambo j la..walau frust sbb gambo x cun tp letak gak la...camera still x sempat nak survey lagi since ilang sbb kes aritu, so ambik ngan henpon murah yg ader ni aje... lala sweet n sour, kerabu mangga n ikan goreng kicap ala chinese....layannnnn!


28.4.09

Opinion? ideas? On what else can we do wif Grapes...


Buah longan kat bawah tu saje j, ambik gambo hasil tangan sendiri..ekeke. Just nak tanyer la kot2 ade idea. Normally, anggur ni..kita makan camtu aje. x pon, abis2 masuk dalam fruit salad or dessert...jadik hiasan atas kek atau tart...Selain dari tu apa lagi leh wat ye? mintak pendapat kwn2 la, kot2 ade resepi canggih n sedap leh share...bukan ape...kalu x abis makan, membazir aje kan kalau biar cam tu aje, pastu spoil..pastu masuk tong..iskkkk! rasa rugi lah tp xtau nak buat ape. kalau buah2 lain tu mcm apple, strawberry, pisang, mangga...byk gak leh buat, tp anggur? ada sesape leh tolong akak? hehhee...

Jam slice

Ni....my doter ckp sedap...dah rasa, mmg sedap!

2 cawan tepung
175gm butter
1/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
jam strawberry atau ape2 jam kesukaan secukupnya
kacang (apa2 jenis) cincang/blend kasar-optional (akak x letak, kids x suka)

pukul butter n gula hingga berkerim, masukkan esen vanilla. masukkan tepung, rata. masukkan 2/3 adunan kedalam loyang beralas n tekan2 rata. 1/3 adunan tadi, simpan dalam fridge. letak jam rata2 kat atas lapisan adunan dalam loyang tadi, rata2.
campur baki adunan dalam fridge tadi bersama kacang n tabur atas lapisan jam. bakar selama 45min. sejukkan n potong 4 segi kecil.

Sotong bakar ketumbar

Sebenarnya ni resepi campak2 tp adalah tulis2 lebih kurang aritu..tp dah ilang plak kertas conteng2 tu..hehe. so, lebih kurang aje lah yer...

sotong
garam
jus lemon

bahan kisar:-
bawang merah
bawang putih
kunyit hidup
halia
ketumbar

gaul sotong yg dikelar2 sket ngan garam, bahan kisar n jus lemon. perap kejap n bakar hingga masak.
makan ngan kicap bercili bersama nasi..sedapppp!

27.4.09

Rasberry cream cheese brownies

Resepi ni x ingat ambik kat mana...dok salin2 cam bese smpai lupa letak source dia..hehhe. we all makan ngan es krem malam tadi...ari panas giler lately kan? nikmatnyerrrr...ekekeke....jgn mare, nak..g buat cepat!

filling:-
1/3 cawan gula
1/3 cawan cream cheese
2 sudu teh tepung
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji putih telur A

brownies:-
3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
1 cawan gula
2/3 cawan serbuk koko
1/4 cawan butter-cairkan
1 sudu besar air
1 sudu teh esen vanila
1 bij telur A
2 biji telur putih A
3 sudu besar jam rasberry (jun guna strawberry)

filling:-pukul semua hingga sebati, ketepikan.

brownies:-campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat n garam hingga rata.
campurkan bahan2 lain kedalam mangkuk lain kecuali jam n gaul rata. masukkan kedalam ca,puran tepung n kacau hingga rata n moist aje (jgn smpai overmix). masukkan 2/3 adunan kedalam loyang beralas, ratakan. masukkan filling n ratakan juga. 'drop' selebih adunan bersama jam keatas filling n guna lidi/chopstick, buat beberapa pusingan membentuk 'marble'. bakar pada 350'f selama 40min.

Apple cake

Kerap betul jun buat kek epel ni kan...bukan ape, byk epel kat umah ni..x abis makan, buat la kek...leh gak bg org lain makan kan? resepi ni plak dok google kat tenet, jumpa n copy from simplekitchen.wordpress.com

3 cup tepung trigu (tpg gandum la tu yer..)

1 sdt garam

1 cup gula

1 sdt baking soda

3/4 cup minyak goreng, atau minyak zaitun

1/2 cup susu

1 sdt vannila

1 sdt bubuk kayu manis (serbuk kayu manis)

3 butir telur

3 1/2 cup apel dipotong kecil2

Trigu dan baking soda dicampur dan diayak.

Campur trigu dan semua bahan yg berupa bubuk hingga rata, buat lubang di tengah, masukkan telur, campur hingga merata, tambahkan minyak dan susu. Aduk lagi hingga rata. Masukkan potongan apel. Campur. Masukkan ke dalam cetakan bongkar pasang yg sudah dialasi bake paper. Pinggirnya olesi dg mentega atau butter. Panggang dg panas 180 drjt hingga 30 menit atau hingga kecoklatan.

Bisa juga dalam adonan ditambahkan bubuk pala agar lebih spicy.

Kalau terasa kurang manis, hidangkan dg ditaburi gula halus :P

Nasi ayam serai

Resepi ni plak jun cilok dari website resepi.iluvislam.com ......

NASI

Bahan-bahannya:

- serai 2 batang (diketuk)

- bawang putih 3 ulas (ditumbuk kasar)

- halia (1 inci) - stok nasi ayam Maggie ,5 camca

- 3 cawan beras

- marjerin

Cara-cara:

- basuh beras dan tambahkan air seperti biasa

- letak bahan yg disebutkan

- boleh diletakkan marjerin sikit samada ditumis terlebih dahulu atau terus letakkan sahaja dalam air.

- masakkan nasi

AYAM

Bahan-bahan:

- ayam yg telah dipotong

- serai 2 batang (diketuk)

- halia (1 inci)

- oyster sauce

- kicap

Cara-cara:

-bahan-bahan boleh diketuk sahaja atau dikisar halus

-perapkan ayam dengan bahan-bahan untuk satu jam atau lebih.

-gorengkannya.

KICAP

-kuahnya diambil dari perapan ayam tadi

-masakkan ia sebentar dan boleh ditambah kicap dan oyster sauce

-kalau cair tambahkan sedikit gandum.

CILI

Bahan-bahan:

- 5 cili merah

- 2 biji tomato

- 1 inci halia

- 3 ulas bawang putih

- asam jawa (1 kepal)

- gula ( i camca)

Cara-cara:

-masukkan semua bahan dalam pengisar

-letakkan air panas dalam pengisar setakat yg dikehendaki

-setelah dikisar, boleh letakkan 1 camca sos cili untuk rasa yg lebih baik.

SUP

Bahan-bahan:

- halia 1 inci

- 3 ulas bawang putih (diketuk)

- serai 1 atau 2 batang (diketuk)

- 3 camca stok nasi ayam maggie

- 1 batang kecil kulit kayu manis

- daun bawang (dihiris halus)

- bawang merah (dimayang)

Cara-cara:

- masukkan semua bahan dalam periuk

- sedikit minyak

- masukkan 3 camca stok nasi ayam maggie

- didihkan sehingga naik bau

- letakkan daun bawang dan bawang merah yg telah dimayang.

Kuah Dal

Ada beberapa keping roti canai segera kat dlm freezer...nak perabih tu kna ada kuah...lgpon cik abe ada kt umah, leh tulun makan, ahakks! resepi dr s shamen kt Myr lagi ler..ekeke

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Cucur jagung

Resepi dr Nor67 kat MyR lagiksss....

  • 1 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 bj telur
  • 1 sudu teh yis mauripan
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh gula
  • daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
  • 3/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
  4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..

Kuih bakar pandan

Dah seminggu x update kan? sorry morry...akak ada 'hal' sket...mcm2 hal la sebenarnya...so, today try to update mana yg sempat. hbby still not well, part of it la..pastu ada a few things nak kna adjust..aiyoooo! b'coz of this, merangkak2 sket la nak update...hehe. nway, upacara menerai resepi tetap ada..terasa nak mkn kue ni, cuba resepi dari Zana08 kat MyR tu....

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.

22.4.09

Mihun sup Kedah


Resepi dari kak Ton kat MyR lagik..hehehe......tambah begedil/pegedil (mana satu betul ntah!)..sbb terasa nak makan, hikks!

1/2 bungkus mihun direndam dengan air dan 1 sudu besar kunyit serbuk selama 2 atu 3 jam
500g tulang rusuk campur 250g daging tetel direbus hingga empuk
80g halia diketuk
8 ulas bawang putih diketuk
1 paket Sup bunjut sup tulang
garam dan gula secukup rasa. Mesti lebihkan rasa masin dan manis supaya berasa bila makan ngan mihun nanti...

BAHAN UNTUK SAMBAL CILI
3 sudu besar cili serbuk
2 sudu besar gula
1 sudu besar cuka/air limau nipis
1 sudu teh garam
daun bwg, daun sup, bwg goreng, cili merah, limau nipis dan lobak asin (jika suka) - dihiris dan sedia untuk dihidang

Cara-cara
masukkan halia, bwg putih dan sup bunjut kedlm periuk rebusan tulang/daging tadi dan rebus lagi dgn api sederhana.
sementara itu, masukkan serbuk cili kedalam periuk dan bancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
masukkan gula, garam, cuka/air limau nipis, kacau sebati dan masak menggunakan api kecil
masak dan kacau sentiasa hingga mendidih sikit, dlm 5 minit, tutup api.
sambal cili ini mesti ada rasa pedas, manis, masam dan masin. Kalau rasa tak cukup manis/masin/masam, tambahkan gula/garam/cuka secukup rasa.
toskan mihun yg telah direndam dan celurkan dgn air panas
keluarkan tulang/daging dari sup dan potong kecil2 untuk dihidangkan
Siap untuk dihidangkan

Egyptian on rush sandwich

Resepi dari Butterflyoncake @ MyR...mmg sedap ni, siap wat 2 kali as requested by my youngest..kena ngan selera dia la tu..hehe.


2-3 helai Sayur kubis (dipotong nipis2) -x d stok, ganti ngan daun salad
1 keping daging burger(di hancurkan)
1 biji bawang besar(racik2)
1 biji telur ayam
Carrot(dipotong halus2)
2 biji cili besar(diracik)
Roti Gardenia
Mayonis
Sos cili

Cara-cara
Tumis bawang ngan sedikit minyak, samapai naik bau.
Masukkan cili yang dipotong, kalau taknak cili pun takpe.
Masukkan pulak daging burger yang dah dihancurkan. Gaul2 sampai sekata masaknye.
Lepas tu, masukkan sayur kubis, dan carrot. Gaul2kan ia dlm 2 minit. Lepas tu, pecahkan telur dalam kuali. Jangan scramble dulu telur tu. After a while, baru scramble telur tu, gaul ngan bahan2 lain sampai masak.
Then, masukkan dalam mangkuk lain. Masukkan 1 sudu mayonis. Gaul sampai sekata.Masukkan sos cili.(Kalau tak nak pun takpe).Letak antara 2 keping roti gardenia.
Siap untuk di makan! Kalau tak berdiet, boleh letak cheese!

Fish pollichathu


Resepi cilok dr umah Zai (izzaiynas.blogspot.com) ni...

2 ekor ikan mackerel (akak guna ikan ape ntah, half aje...beso sgt, hehe)

garam & lada hitam

daun pisang - guna foil aje

Bahan untuk pes:

20ml minyak kelapa

25 gram bawang putih (dihiris)

250 gram bawang merah (dihiris)

20 gram daun kari

20 gram cili hijau

5 gram serbuk kari serbuk

kunyit & serbuk cili (masing2 secubit)

75 gram tomato, didadu

15 gram daun ketumbar (dihiris)

3 biji limau (diambil jusnya)

Cara-cara:

1. Perasakan ikan dengan garam dan serbuk lada hitam, ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan cili hijau hingga bertukar warna keemasan.

3. Masukkan kesemua rempah, kacau lebih kurang 2 minit.

4. Masukkan tomato & daun ketumbar. (Jika terlalu kering tambahla sket air--wlpun xde disuruh boh air, pepandaila yer)

5. Apabila kuah dah memekat, masukkan jus limau.

6. Tuangkan pes ini ke atas ikan yang dah siap dilapik dgn daun pisang dan bakarlah seadanya.

Lauk2 biasa aje....



Kak pah tanyer, ari2 jun masak sedap2 k? hehe...ade masa x sedap gak...ikut tekak masing2 la kan..ada brape kali gak, resepi yg di try x jadik...tau ajelah, bukan terer mana pon..sume2 dok folow resepi. bila malas dtg, x ikut la resepi mana, ikut suka ati ajelah yer...ni antara menu biasa yg masak ikut suka ati..sambal bacang/kuinin...ikan goreng....sayur fucuk n suhun tu...ikan goreng...stir fry asparagus ngan daging...yg x masuk kat situ, tumis sardin! hahaha...lepas gerem sbb dh kat 2 bulan x mkn sbb cik abe pantang, satu umah pon pantang la...sedapnyerrrr! hehehhe...layan ar gambo2 tu yer...sume pon rasanya biasa masak2 yg ni..


20.4.09

Puding fruit cocktail n an award


Award dr aishah ni...baru dpt letak kat sini. tq soo much aishah n i wish i can share this pudding too..hehe
resepi dr Baya kat Resipi.Net.
Bahan2 untuk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa).

Cara
Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuanmasak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. Jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Dan untuk custardnya pula.
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara
Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.

Dutch apple cake (opps! almost forgotten..nearly burnt cake, hehe)

Resepi ni plak jun ambik dr http://rosiebakesapeaceofcake.blogspot.com/2009/02/dutch-apple-cake.html . sempat baking2 lagi...even tgh siap2 nak fetched my doter from tuition...lupa plak nak cover kat atas dia, tu sbb hampir hangus kt atas kek tu. nasib baik bau kek tu mengingatkan..hahaha....tp still sedap dimakan tuuu....cnp ajelah yer...

2 eggs
175g (6 oz) caster (superfine) sugar
½ tsp vanilla extract
75g (3 oz) butter
75ml (2½ fl oz) milk
125g (4½ oz) plain (all-purpose) flour
½ tsp ground cinnamon
2¼ tsp baking powder
2 red eating apples, peeled, cored and thinly sliced
1 tbsp demerara sugar, for sprinkling

Method Preheat the oven to 200°C/fan oven 180°C/400°F/Gas 6. Line the sides and base of a 20 x 20cm (8 x 8 in) square cake tin with parchment paper. Using an electric whisk, whisk the eggs, caster sugar and vanilla extract in a large bowl until the mixture is thick and mousse-like and the whisk leaves a figure of eight pattern. Melt the butter in a saucepan with the milk, then pour onto the eggs, whisking all the time. Sift in the flour, cinnamon and baking powder and fold carefully into the batter so that there are no lumps of flour. Pour the mixture into the prepared tin and smooth the surface. Arrange the apple slices over the batter. Sprinkle over the demerara sugar and bake in the oven for ten minutes, then reduce the oven temperature to 180°C/fan 160°C/350°F/Gas 4 and bake for a further 20–25 minutes or until well risen and golden brown. Remove the cake from the oven and allow to cool slightly in the tin. Cut into squares and serve warm with lashing of creamy custard.

Potato soup (n potato bread wif sweet coconut filling)


Resepi ni cilok dr umah Cek De Sam..asal resepi dr umah Rinnchan...thanx a lot to both..mmg sedap, my laling n doter ckp, lenkali leh wat lagik..hehe. should i say buhbye to Campbells? hehe
nway, potato bread tu guna ready made flour sbb tetiba rasa nak try wat yg dh siap mix ni..cuma wat inti aje...mmg la jadik kan? hehehe
2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan (jun buat half santan, half susu segar)
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang bersama homemade garlic bread.

Thai style fih n chips


Resepi asal dr http://www.mycookinghut.com/2009/03/22/thai-style-fish-and-chips/ . nway, jun translate la tp in a very simple way..kalau nak detail pergi kat tempat asal yer..hehe
minyak
isi ikan-potong kiub
125gm tepung
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar sos ikan
50gm kelapa parut kering
1-2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
25gm tepung-untuk tabur
isi ikan, gaul ngan garam n tabur tepung sket. buang lebihan tepung.
ayak tepung n baking powder, masukkan 175ml air sejuk n sos ikan, kacau rata. masukkan kelapa, serbuk ketumbar. masukkan 1-2 sudu besar air lagi jika adunan terlalu pekat.
masukkan isi ikan rata n goreng hingga keemasan.

17.4.09

Ikan masak Thai


Resepi dr Mesra.net lagik....simple n nice, as usual..hehe

Bahan-bahan A
Ikan kerapu/siakap/merah-disapu garam
Daun Limau Purut- dimayang halus
Serai - dimayang halus
Cili Kering/Cili Padi -dimayang halus
Lengkuas -dimayang halus

Bahan-bahan B (kuah)
Bawang putih - dicincang
air putih - 1-2 cawan
Kicap cair
kicap pekat
kiub pati ayam
limau nipis
gula garam

Cara:
Ikan digoreng garing dan diangkat.Bahan-bahan A tadi digoreng hingga layu dan diangkat.Gunakan minyak yang sama,tumis bawang putih hingga wangi dan masukan air,kicap cair,kicap pekat dan pati kiub ayam biar mendidih masukan gula dan garam secukup rasa..biar didih sebentar dan tutup api baru diperahkan air limau nipis.
Cadangan Hidangan:
letakan ikan didlm bekas, taburkan bahan A yg telah digoreng tadi dan tuangkan sos tadi diatas. Siap untuk dihidang.
Tambahan:
Semua bahan-bahan ikut citarasa.tiada sukatan.(Kalau Ikan bayak, banyakan bahan dan kuahnya) Selamat mencuba....

Award n Coconut orangy banana cake


Award ni dari Noor n Alongroz..tengkiu so much...walau kita dok bz lately tetap ade yg ingat..
kek tu plak resepi dr Betty Yews...ntah tahun bila punye paper cutting...simpan smpai kaler paper tu dah tukar ..hehehe. nama asal Moist banana cake..jun suka2 ati g tukar..hahaha..
125gm butter
125gm gula kastor
2 sudu teh orange rind
2 biji telur A
50gm kelapa parut -toasted
260gm tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
2 biji pisang saiz sederhana-lenyek
gris loyang n alas paper. pukul butter, gula n kulit oren hingga berkrim. masukkan telur satu persatu n pukul. masukkan pisang n kacau rata. masukkan tepung naik sendiri n kelapa, selang seli ngan susu. masukkan kedalam loyang n bakar pada 175'c selama 50-60min.
note: to toast coconut..letak kelapa parut dalam non stick pan n kacau atas api perlahan til lite golden brown.

Karipap frozen hot

Resepi dr Anaemy from MyR lagi...gambar kat atas tu yg belom goreng punyer...kalu u ols nak mkn, goreng dulu la yer..ekekke

Untuk doh:
1 kg tepung gandum
5 sudu marjerin
400 ml air

Inti:
1 kg kentang
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah kari
Segenggam ikan bilis ( blh jgk tukar ngn aym n daging )
6 sudu gula ( tp ikut la citarasa msg2.. blh kurgkn blh lbhkn)
Segenggam lada kering ( blh lbhkn.. blh kurgkn ..)

Cara-cara
Doh: Tepung, marjerin dan air digaul sehingga menjadi doh.

Inti: Kentang dipotong dadu
Bawang besar,bawang putih, halia, lada kering, ikan bilis di blender
Panaskan minyak lebih kurang 2 cawan dan tumis bahan2 tadi
Tumis sehingga pecah minyak
Masukkan rempah kari
Masukkan air dalam 2 cawan dan gaul
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan gula
Tunggu sehingga kentang empuk

Pastu blh la terap doh menjadi karipap...

Daging masak kicap

Resepi dr Dayang jack kt MyR...sedap ni tau...sesuai gak makan ngan roti n nasi impit ni...

1/2-1 kilo daging (dibersihkan dgn air asam jawa dan dipotong kiub)
8 ulas bwg merah (dikisar)
4 ulas bwg putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 sudu bsr serbuk lada hitam
1 sudu bsr cili kisar
1 inci lengkuas (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 sudu bsr kicap pekat
3 sudu bsr kicap masin
2 sudu bsr kerisik
rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
3 sudu bsr minyak masak
1/2 sudu bsr asam jawa
garam, gula dan air secukupnya

Cara-cara
Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

Ikan kukus ala Brunei

Resepi dr Mesra.Net jugak....nice n ez..my way la tu...hikks!


1 ekor ikan merah (sederhana besar)
½ biji lemon-jangan buang kulitnya(dihiris tebal)
5 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
sedikit ajinamoto

Bahan dihiris nipis:
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 cm halia
3 biji cili api

Cara:
Bersihkan ikan. Masukkan ikan ke dalam bekas. Taburkan lemon, minyak bijan, sos tiram, garam, ajinamoto dan bahan-bahan yang dihiris nipis di atas ikan tersebut. Kukus sehingga mata ikan berwarna putih.

Asam pedas ikan pari Singapore

Tapi akak guna ikan tenggiri..hehe. Maafler, gambo x clear tp masakan ni dah clear...ekekeke. sedap tau....resepi dr Mesra.Net

bahan-kisar halus
15 batang lada kering
4 biji bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
sedikit belacan
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam

1 batang serai dititik
2 mangkuk air asam jawa garam
1kg ikan pari
terung dan kacang bendi
daun kesum

Cara:
Tumiskan bahan2 kisar dengan minyak sehingga garing. masukkan air asam dan garam serta serai. bila mendidih masukkan ikan pari dan sayur2

My ordinary cooking..nasi goreng oriental, tumis sotong sayuran n sambal telur...



Minggu yg agak sibuk lagi...so, masak seadanya lah....


16.4.09

Award ...fish...Pan fried fish


Award kat atas ni from Kak Dr Ina cayang tu..hehe..tengkiu ye kak...and ikan kat atas tu pon a fren of mine yg bagi...khas dr Sarawak...mmg beso ikan tu, yg akak masak kt atas tu, half aje..hehe. resepi ni sempoi aje, akak ambik dr http://bits-of-taste.blogspot.com . cnp aje, hope d owner x marah ni..hehe.
Fish slice - 1 piece
Butter - 2 tbsp
Oil - 4 tbsp
Salt - 1/2 tsp
Corn Flour / Tapioca Flour
Onion - chopped finely
Parsley - For garnishing
Seasonings:
2 tbsp Oyster sauce
2 tbsp Light soya sauce
1 tsp sesame oil
1 tsp Lee & Perrin sauce
1 tsp corn flour
200ml water
Methods:
1. Coat fish with salt & corn flour. Set aside.
2. Heat oil, add in butter. As soon as foaming subsides, put in fish and fry till golden brown. (Don't over cook this fish as it will becomes harden)
3. In another wok, heat oil, sautee onions till translucent.
4. Mix the seasoning in a bowl. Add in the wok and mix well with the onions.
5. Simmer for 1 min, dish out and pour on the fish.
6. Garnish with parsley and serve.

15.4.09

Chocolate chip cookies

Stok ade..buat ajelah.....hehee..resepi x ingat cilok mana....sowiii

115gm butter
115gm gula
1 biji telur-pukul sket
1 sudu teh esen vanila
175gm tepung
175gm choc chip

pukul butter n gula hingga ringan. masukkan telur, gaul rata. masukkan esen, rata. ayak tepung n masukkan kedalam campuran butter, gaul guna senduk hingga sebati. masukkan coklat cip n gaul lagi. letak setiap 1 sudu makan atas dulang beralas, ratakan sket n bakar selama 10min pada 180'c.


Ikan panggang sambal

Resepi sempoi....tp tetap menawan selera, hehe

1 ekor ikan (x sure la nama ikan ni...aji2 ek? ntah...bantai je arr, ikan ape2 pon boley)

bahan kisar/tumbuk:-
2-3 sudu cili kering kisar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 in halia
belacan
1 sudu teh gula merah

2-3 sudu makan santan pekat

tumis sume bahan tumbuk hingga wangi, masukkan santan, kacau pekat n angkat. sejukkan sekejap. salut pada ikan, perap sekejap n bakar hingga masak.

Jus tembikai nenas berlemon

Ni buat sbb nak habiskan tembikai n nenas yg ada dlm fridge tu..cukupla tuk 2 org minum, hehehe....resepi suka ati beta, heeee.

1 mangkuk tembikai-potong2
1 mangkuk nenas-potong2
gula-ikut manis
sedikit jus lemon/limau nipis
ais

blend semua kecuali ais. masukkan kedalam gelas, isi ais n sedia tuk diminum..boleh juga ditapis sebelum letak ais tp akak suka ar, semua serat2 tu elok minum skalik kan?


Nasi goreng cendawan

Wahahaha...cendawan lagik....minggu ni declare as mushroom's week kt umah ni...resepi dr MyR lagik...from Nure

dihiris: 1/4 bj bwg besar dan 2 bj bwg putih
4 kpg cendawan dipotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (ikut suka)
1 pinggan nasi putih
1 bj telur
lada sulah dan garam secukup rasa
minyak utk menumis
lbh krg segenggam udang atau 1 potong ayam dipotong dadu
cili api ikut pedas ( dipotong bulat)

Cara-cara
tumis kedua2 jenis bwg. Bila dh garing, masukkn udang(atau ayam) dan gorengkan lagi selama beberapa minit
masukkn sos tiram dan cendawan. Kacau lagi dan masukkan kicap dan cili api.
Masukkan telur, kacau utk ratakan telur dan masukkan nasi.
lengkapkn rasa dgn lada sulah dan garam. Padamkn api dan hidang segera.

Kulat Sisir cara Dilla

Ni pon dah lama x makan...dolu2 lauk2 mcm ni la yg mak masak...iskkkk, sedapnyerrr....selalu wat sambal campur telur or masak lemak..kali ni try resepi dr Dilla1516 kt MyR tu...wat kering2 mcm rendang, sedapppp.

kulat sisir - rm 3.00 (1 pot)
lada kering - 15 Tangkai
kunyit - 1 inci
lada hitam - 1 sudu kecil
santan - 1/2 kelapa
bawang merah - 3 ulas
bawang putih - 1 ulas
asam keping - 1 keping
bahan perasa.. garam dan ajinomoto - secukup rasa

Cara-cara
kulat sisir direndam dan dibersihkan... ditumbuk sedikit..
lada hitam ditumbuk halus, kunyit,b.merah, b.putih,lada kering. di blend..tambah sedikit air
masukkan santan bersama dgn bahan yang di blend/tumbuk dan asam keping.. masukkan garam dgn ajinomoto..didihkan..
selepas mendidih masukkan kulat sisir
masak smpi kering.. means x berkuah.. masak dgn api yg perlahan..

Pucuk ubi tempoyak daun basil

My neighbour bagi pucuk ubi...since dah lama x masak ni, akak buat la even yg makan nyer pon akak sorang jek...syiok weiii...gambo teruk betui, x d rupa sgt tp janji akak makan best, ok la kan? hehehe....biasa org letak mcm2 jenis daun tp kat sini byk daun susah nak dpt so akak bantai tambah daun basil..hahaha. sedap ape!

pucuk ubi-racik halus
1 helai daun kunyit-racik halus
3 tangkai daun basil-ambik daun n racik halus
3 batang serai-hiris halus
8 biji cili api-tumbuk
3 sudu besar ikan bilis-tumbuk
1/2 in kunyit hidup-tumbuk
3 sudu besar tempoyak
1 mangkuk kecil santan pekat
garam n gula (jika perlu)

campurkan aje sume2 dalam periuk n masak smpai pekat.



13.4.09

My trip to d moon..my apologize

Salam semua....for d last few weeks, akak bz sket. since hbby MC lama ni...xtvt masak tetap mcm biasa..maybe more kot? visitor hbby ramai..hehehe...seronok la akak masak! cuma hrp2 diorang pon seronok la makan yer...
sbb tu la akak susah sket nak visit semua kwn2 lately..bukan lupa ye? tp akak tetap cuba online kejap2 bila sempat just nak update kt kwn2. trimakasih sbb x boring2 jenguk umah akak ni.
dalam masa bz2 tu, akak wat mcm2 gak la. mende2 yg 'happy' yg dh lama x buat...antaranya, hobby akak yg dah lama tinggal ni...'reading" hehe. walaupun org lain dh lama khatam buku kt atas tu..ekeke. bg release tension ok kan? x d lah stress plak nnti..hikks! mmg enjoy la, even citer x masuk akai gitu...n, me really enjoyed my date with d vampire...manyak hensem ma! wahahaa....ni lah salah satu perjalanan ke bulan akak, hahaha. mmg lost trus dr kehidupan bumi..tp kejap2 j arrrr...
selain dr tu, my kids pon dok sakit..berganti2 plak tu...so, mmg dok berulang k klinik ngan spital aje 2-3 minggu ni..
hbby plak still have another week b4 jumpa tuan Dr lagi..hrp2 cepat la dia ok sbb dia pon dh miss keje dia, ahakkks! (betui k ni?) n i miss to c all my frenz gak...
oklah...sementara akak menghabiskan my journey to d moon ni...hrp semua puas ati yer akak update kejap2...take care semua! skarang ni mcm musim sakit, demam batuk semua.. happy cooking n eating....! mmuahhhhhh!

Mango pudding

Skarang ni musim mangga kan? kat sana sini mangga...kat rumah akak mmg rezeki mangga gak..tq to all yg x putus2 bwk segala mcm masa melawat hbby..so, resepi mmg dok pusing2 guna buah2an la..hehehe. ni salah satu la yer....

A:-blend
300gm isi mangga
140ml air

B:-
420ml air
100gm gula
10gm serbuk agar2

C:-
170ml santan/susu cair/fresh milk
pewarna oren jika suka (akak tambah jus mangga sket)

D:- ni, akak tambah
potongan kiub kecil isi mangga

campurkan A n B dlm periuk n masak, didihkan. tutup api, masukkan C n kacau sebati. masukkan kedalam acuan atau mangkuk2 kecil. letak potongan mangga jika suka.

Baby bread pudding




Resepi dari kak Fida kt MyR...sedap, hehe....mcm sume jek akak makan, iskkkk! hehe...

2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara
Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.