29.8.09

Siakap sweet n sour


Lama x masak sweet n sour ni..jom layan eh! sedap plak nampak masa pose ni, ekeke....

1 ekor ikan siakap-gaul garam n kunyit, goreng hingga masak

1/2 biji bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji tomato-dadu
1/2 in halia-hiris halus
1 cili hijau-hiris
1 cili merah-hiris
1/3 biji timun jepun (yg mesia punyer pon boley..hehe)-dadu
3 sudu besar sos plum
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar jus limau kasturi
garam n gula secukupnya
daun ketumbar-hiris

cara masak...samalah mcm masak sweet n sour yg lain tu yer..hahaha..akak dh start malesss ni!

Asparagus goreng sotong berlada

Teruja tengok resepi goreng belacan kat mana entah tp disebabkan umah jun ni belacan bukan a must stock so x d la yer..hehe. buat2 la ape yg patut..yg ala2 gitu...meh tgk resepi.

asparagus-potong
sotong-potong2

bahan tumbuk:-
1 biji cili merah
3 biji bawangmerah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
1/4 kiub ikan bilis

tumis bahan tumbuk n cili kisar hingga wangi. masukkan sotong, kacau sekejap n semua sos. kacau rata. masukkan asparagus n kiub ikan bilis. gaul rata, angkat.

Sup ayam power

Resepi dr satu forum kat tenet....tp jun dah ubah sana-sini..ni yg edited ok!

1 ekor ayam kampung-potong kecil2
1 biji bawang besar-mayang
2 biji bawang merah-mayang
5 ulas bawang putih-mayang
1/2 in halia-hiris halus
3 biji buah keras-tumbuk
1 kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
3 sudu besar rempah sup-bancuh ngan air sket
1 sup bunjut
air tepung jagung
garam n perasa
daun sup n bawang goreng
minyak
carrot n potato-optional

tumis rempah tumis. masukkan bawang2, halia n biar naik bau. masukkan buah keras, rempah sup, sup bunjut n air sket. biar naik minyak, masukkan ayam n air secukupnya. masak hingga ayam empuk. masukkan air tepung jagung, garam n perasa. didihkan lagi. masukkan daun sup n bawang goreng ketika menghidang.

Rendang kulat sisir

Biasa kalau kulat sisir atau dikenali juga cendawan kukur ni masak lemak cili api atau sambal..saje2 try resepi ni dr dapor ni..

300 gm kulat sisir,basuh dan sejat
2 cawan santan pekat daripada kelapa
1/2 cawan air asam jawa pekat
1/4 kelapa parut di buat kerisik
2 helai daun limau purut

Bahan-bahan di kisar:

6 - 10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
3 cm halia

Cara membuatnya:

1.Masak kulat,santan dan bahan-bahan kisar di dalam kuali.Kacau sekali-sekala hingga mengelegak.Masukan air asam jawa.
2.Biar mengelegak kira-kira 10 - 15 minit.Masukan kerisik dan daun limau purut.Kacau sampai pekat baru di angkat.Enak di makan bersama lemang atau ketupat.

Ikan goreng berampai

ala..ikan goreng biasa aje..cuma nak bg nampak menarik sket masa sahur..hehe. bg terang sket mata...

1 keping ikan tenggiri-gaul garam n kunyit, goreng hingga masak

bahan2 dimayang:-
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 batang serai
1 cili merah

1 daun kari
2 helai daun limau purut
bahn perasa-jika suka

panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 mayang. masukkan daun kari n daun limau purut serta perasa jika suka..gaul rata. masukkan ikan goreng td n gaul rata. angkat.

28.8.09

Ke dapur sudah pasti...






Maaflah yer..lately ni akak bz sket. biskut raya baru aje nak intai2 resepi nih..dok sebok buat biskut seblom raya, hehe. masak pon ala kadar aje, resepi biasa2 atau yg dh pernah post kat sini. kat atas tu antara menu2 biasa tu lah...semua pon tau nak masak kan..ketam masak lemak cili padi, sambal tempoyak, ikan masin, sayur, ayam goreng n telur hancur tu.
lagipun, 2-3 ari ni asyik hujan aje..nak dok depan komputer ni fobia gak..timakasih pada yg tetap sudi berkunjung ke umah akak ni yer...nnti akak update lagi.jenguk kejap...ni pon baru aje lepas ujan, ishhhh!

25.8.09

Siaran ulangan...puding susu buah-buahan

Ni antara resepi puding yg dok buat masa awai2 belajar masak..mmg sedap..family akak pon suke. so, bila rasa nak makan or ade yg request, mmg buatlah. dah pernah post dulu..kalau nak resepi lagi, pegi kat sini yer...saje2 lah bagi tengok gambo, jgn mare ekkk!

Tart coklat

Lately giler menerai filling tuk mini tart..aritu dah buat blueberry cheesetart which almost every week buat nih..hehehe. bukan makan sendiri yer..ade yg request..so, suka2 la try yg ni plak...x leh rasa lagi, puasa so tatau ok k x. kalau ok, baru akak letak respi filling tu yer...jamu mata dulu..hehhe.

Ikan goreng bersantan daun kesum

Sedap gak ye letak daun kesum dalam masakan lemak tp yg ni jun buat sket aje kuah..byk2 lemak kang, tdo plak..heheh.

1 ekor ikan besar-ape2 jenis la..
5 sudu besar santan pekat (terpulang..nak lebih pon boleh)
daun kesum
1 asam keping
garam n gula

bahan kisar:-
cili api-optional
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in kunyit
1/2 in halia

ikan, gaul garam n kunyit, goreng hingga masak. letak dalam pinggan hidangan.
masukkan santan bersama bahan kisar n bahan2 lain, didihkan. tuang rata atas ikan.

Ayam kampung kapten

Kapten manalah masak ni yer? akak ambik resepi ni dr umah Wan No ni. mula ingat kapitan tp mmg kapten tulis kat situ..x kisahler..saje nak abiskan ayam kampung kat umah ni...sedap gak tau even simple aje. suka part daun kari tu ditumbuk jd pes...

1 ekor Ayam (dibuang kulit dan dipotong)
15 tangkai Cili kering
20 tangkai Daun kari (diambil daun sahaja)
1 sudu makan Kunyit serbuk
3 biji Bawang besar (dipotong bulat)
3 biji Cili hijau
3 biji Cili merah
1 cawan Santan atau susu cair
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak jagung untuk menumis.


Cara Cara


1. Lada kering, daun kari dan serbuk kunyit dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga kering. Masukkan ayam, garam dan sebuk perasa lalu dikacau rata. Langsung masukkan santan dan sedikit air dan dikacau rata.
3. Apabila ayam sudah masak dan kering, masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar yang dipotong bulat.
4. Kemudian kacau dan masak lebih kurang 5 atau 6 minit. Lalu bolehlah dihidang.

Sambal bilis, ubi kentang n tempe

As an opening...lama dah x update eh? ok..komputer dah ok tp cuti sekolah, x brape leh lama gak kat tenet ni..anak2 dok main game ler plak..hehhe. lagipon, 2-3 ari ni akak masak sahur jer..lauk sempoi2..x d mood ler nak ambik gambo pepagi bute, hahaha. berbuke? rezeki murah sket, ade yg nk belanje, hahahaha...seronoknyer! nway, masakan ni senang j..ramai yg tau buat kan..akak saje suke2 letak gambar..bolehkan? haaa..jgn mare, pose nih! hehe

20.8.09

Selamat berpuasa semua....(kepada yg puasalah! hehhe)

Pertama sekali mintak maaf lagik...komputer sudah dihantar k 'workshop'..ntah hape jadik, di godek anak dgn game dia yg berbagai tu trus x leh start daa...seblom tu, problem nak copy gambo dr website lain so maaf byk2, x dpt ler nak tayang award ngan kad yg u ols bagi yek..nway, terimakasih byk2 sbb ingat jugak nak bg kat kita .arini, pinjam laptop hbby tp mana sempat terjah ajelah..kang sehari suntuk dok kat laptop mau hbby x mo bwk balik lagik ini laptop .ni pon dah wat muka kesian abis smpai dia tinggaikan ini laptop bg istri dia guna..wakakaka. so, ade masa jun curik2 posting ye..kalau senyap sunyi tu, maknanyer x dpt online ler tu..hahaha.
So..nak ucapkan selamat BERPUASA la kat semua kwn2 ku yg tersayang..muga mendapat puasa yg berkat n sehat sepanjang bulan ramadhan ni..masak sedap2 tp beringat2lah ye masa makan..overlimit kang x leh bangun, susah wooo....
ampun maaf juga byk2...x dpt nak wish sorang2 kat umah masing2 n halalkan segala pertuturan n resepi yg dicilok..heee. banyak jasa korang..tengkiu yer....insyaAllah, jumpe nnti bila ade kesempatan...mwah3.



19.8.09

Kuih bakar jagung


Resepi asal Bro Rozzan, dihantar leh cik mat G kat MyR..mat buat cun, comei2 jek..akak wat dalam loyang..amatlah pemalasnya..ngeh3. rasa sama kan matttttttttttt? heee

250 g tepung gandum
230 g gula pasir (mat guna 180 g je)
400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
200 ml air
4 biji telur gred A
1 tin cream style corn
2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh je)
3/4 camca teh pewarna makanan kuning
1 camca teh serbuk vanillin ( mat guna esen vanilla jee)

Cara-cara
Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil (seperti acuan baulu, mcm dalam gambar diatas), bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.

Ayam goreng berempah serai

Resepi dr love2cook ni ramai gak dah buat kan..so kali ni jun plak buat..salah satu lauk makan ngan nasi kat bawah tu...


1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
---------------------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Nasi halia kuning

Ni pon impot dr dapo' ummi...lebih kurang nasi ayam aje so lauk2 pon mcmtu gak arr, ade ayam gak lah...


2 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
1/2 sudu besar halia - dihiris memanjang
1/4 sudu besar bawang putih - dicincang
2 sudu besar mentega
1 kiub pati ayam
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
6 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
2 - 3 helai daun pandan (*ni akak saja letak, kasi wangi)

Cara-Cara:-
Dalam periuk elektrik, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
Tambahkan serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.
Kemudian angkat periuk dan letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
Hidangkan bersama ayam masak merah, acar nenas dan keropok.

Cinnamon roll (Chicken ham roll)


Resepi asal dr yani kat MyR ni cinnamon roll tp sbb dah wat resepi kat bawah tu guna cinnamon, tukar lah rasa yg ni...guna chicken ham...ni resepi asal yek..

Bahan-bahan ( 10 biji )
= Bahan utk Roti =
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam
-----------------------------------------------------
= Filling =
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik
-----------------------------------------------------
= Icing =
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara
Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Apfelkuchen / aple pie




Resepi ni dr retno tp jun ambik kat umah Ummi...
Bahan:-
300 gm tepung serbaguna
100 gm gula castor
150gm butter + 20 gm butter
1 biji telor
1 sudu kecil baking powder
4 biji epal hijau - potong kecil2(*ummi gaul epal dengan sedikit gula dan serbuk kayu manis-jun pon, hehe)

Cara Membuat:-
Panaskan dulu oven pada suhu 180 deg celcius. Campur semua bahan kecuali epal. Gaul rata hingga tidak melekat di tangan dan jadikan doh bulat. Sementara itu, letakkan baking sheet dalam loyang pai. Bahagian doh kepada dua. Ambil satu bahagian, letak atas papan dan tekan dengan rolling pin biar bulat (biar lebih besar dari loyang). Letakkan/aturkan epal tadi dan letakkan cebisan 20gm butter tadi rata-rata. Tutup dengan sebahagian doh yang juga telah dicanai. Cucuk2 permukaan doh atas dengan garfu. Bakar selama 35-40 minit/hingga kekuningan.

18.8.09

Supermoist chocolate cake (my doter's version)

Sorrylah yer..kes terlupa nak snap gambo ni..dah abis potong n masuk dalam bekas nak bagi kwn2 my doter. Ni bukan akak buat ye..my doter yg buat...totally by herself...tp akak bg resepi n guide gitu2 aje lah sbb masa tu akak pon bz buat kue..hahahha...resepi dr salah satu buku florence tan.

A:-
250gm tepng-ayak
75gm serbuk koko-ayak
1 sudu teh baking powder-ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat-ayak
350ml air

B:-
275gm butter
350gm gula castor
4 biji telur A
2 biji telur kuning
1 sudu teh instant coffee
2 sudu teh air panas-tuk campur serbuk kopi tu
2 sudu teh esen vanilla

pukul butter n gula hingga ringan. masukkan telur n kuning telur sebiji-sebiji n pukul.
masukkan esen vanilla, kopi segera+air n pukul lagi. masukkan bahan2 A n air secara berselang seli. pukul rata. masukkan kedalam loyang bergris n bakar pada 180'c selama 40-50min.
biar sejuk, hias ngan choc ganache...(x buat pun..heheh)

Nasi beringin @ nasi serai


Sebelum ni pernah buat nasi beringin tp guna santan..kali ni try satu resepi kat MyR..dr syidamustafa...makan ngan sambal sotong kering, ikan bilis goreng, telur n timun...lauk2 simple aje lah tp sedap..hehhe. tp tunjuk gambo nasi j la yer..ekekkee n udang tu plak, dah pernah buat seblom ni..tunjuk gambo j la yer..honey prawns dr dayang kat MYR..

  • 2 cawan beras biasa
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!

Puding roti (kosong)

Jun letak kosong sbb mmg puding ni sempoi giler n x d letak ape2 filling lain mcm raisin k..resepi ni x manis pon so sesuai kalau nak makan ngan ape2 topping...resepi dr hanis kat MyR..

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

13.8.09

Jam tart


Yang ni plak dr sini yer... ampon ler, x sempat nak translate. ni pon nk cepat..kat sini ujan plak tetiba..huhu...

  • 400g plain flour
  • 200g butter , chilled and diced
  • 50g caster sugar
  • 2 egg yolks
  • 1 orange, rind grated
  • 340g jar jam , use 1 flavour or a mix if you have them
  1. Whizz the flour and butter to breadcrumbs in a food processor. Add the caster sugar and mix. Add the yolks and orange rind and pulse until it comes together (you might need to add a splash of water). Wrap in clingfilm and chill for 20 minutes.
  2. Heat the oven to 190C/fan 170C/gas 5. Roll out the pastry and stamp out circles big enough to fit 2 x 12-hole jam tart tins. Bake for 15 minutes then add small spoonfuls of jam to each and bake for 5 minutes.

Homemade pizza dough

Dapat resepi ni dr sini..

200g bread flour
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon instant yeast
1/2 teaspoon dried mixed herbs
125ml lukewarm water
1 tablespoon olive oil

Method:

  1. Place flour, salt, yeast and dried mixed herbs in a mixing bowl. Mix well with hand. Make a well in the centre and add the water and olive oil. Using your hand, gradually work the ingredients together to form a soft dough.
  2. Turn dough out onto a lightly floured work surface and knead for 10mins until the dough becomes smooth and elastic. Shape dough into a round ball and place in a lightly oiled mixing bowl. Cover with cling wrap and leave to rise for 1 hr or until double in size.
  3. Turn out the risen dough onto a lightly floured work surface and knock it down to release the air. Give it a few gently kneading. Divide dough into 2 equal portions. Shape into two balls, cover loosely with cling wrap and let the doughs rest for about 10mins.
  4. Roll or press out each portion to a round, about 12" in size. Place dough on baking tray lined with parchment paper or on a greased pan.
  5. Spread some pizza sauce over the dough to within 1 cm (0.5 inch) of the edge. Arrange a layer of grated cheese (I used grated mozzarella), followed by preferred toppings. Sprinkle the top all over with grated cheese.
  6. Bake in a preheat oven at 200 degC for 15~20mins or until the crust has turned golden and the cheese has melted. Serve warm.

Ikan goreng masak halia

Ni resepi x ambik mana2...ikut suke ati beta, eh salah..sayer..heheh

1 filet ikan kurau-gaul garam n kunyit/pepper..goreng hingga masak

1 biji bawang besar-dadu kecil
2 ulas bawang putih-cincang
halia-banyak ler...hiris halus panjang
1/4 biji capsicum-dadu
1 biji tomato-dadu/baji
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat manis
garam (opt)

tumis bawang besar n bawang putih serta halia hingga wangi. masukkan capsicum, tomato, sos tiram. kicap n garam jika perlu. gaul rata, masukkan ikan. kacau sebati n angkat.

Sup sarawak

Resepi angkut dr umah yatt ni..mmg ade kelainan walau simple aje caranyer sbb bunga kantan tu...

3 ulas bawang putih blend dgn halia
1 inci halia

1 biji bawang besar di blend asing
ayam
kiub ayam
bunga kantan di rincit halus
kentang
daun bawang rincit halus
serbuk lada hitam
garam

panaskan minyak tumis bawang putih n halia, goreng hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah, goreng hingga sebati kemudian masukkan air secukupnya , kiub ayam, bunga kantan, serbuk lada hitam, ayam. Tunggu sehingga mendidih masukkan kentang, setelah kentang lembut masukkan garam dan daun bawang.

12.8.09

Puff pastry wif cheese blueberry filling

A few days ago ade buat blueberry cheesetart lagi for someone..terbuat lebih plak filling dia. malas nak buat semula, guna puff pastry aje...so, jom layan gambo ni...
my youngest yg mmg giler blueberry cheesetart kata x best la..nak tart gak..iskk, nak kena buat lagi lah ni....hehe.

Thousand apologies..

Salam semua... akak nak minta maaf banyak2 la yer sebab ade a few kwn2 yg dok bagi award tp akak x dpt ambik sbb ade problem ngan komputer kat umah ni...tatau lah, nape x leh copy gambo dr umah org lain...copy resepi leh plak..heheh.. pelik jugak lah yer. akak ni pun bukan terer mana pasai komputer...so, jgn kecik ati yer...bukan x sudi, sgt2 berbesar ati tp di luar kemampuan, hehehe. nway, akak ucapkan terimakasih pada yg sudi memberi...

10.8.09

Biasa2 aje..monday blues gak k?

Brunch hari ni....today my doter peksa...keje umah plak bykkkkk..hehe. sok hbby nak kna outstation lagik so x brape rasa nak masak sgt ni...makan nak plak..hahahha. tetiba craving for these...! nasi impit, pulut kuning( microwave aje ) n rendang ayam...resepi sempoi2 aje...so, arini akak jamu mata u ols dgn gambar ni ajelah yer....minggu ni akak sebok sket rasanya....so, kalau akak tenggelam timbul tu, faham2 aje lah yer..hikks!

7.8.09

Apam mentega

Okey..ni last n3 for this week yer...resepi dr kak Fiza kt MyR..mmg lembut n sedap ni...x susah gak nak buat..sape2 suka kue camni, leh try yer...

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Yummy banana pikelets

Ala2 pancake aje tp saiz lagi comei lah...resepi asal dr allrecipes.com tp jun tambah pisang...

  • 1 cup self-rising flour
  • 1 tablespoon castor sugar or superfine sugar
  • 1 egg
  • 1 tablespoon butter, melted
  • 1/2 cup milk, or as needed
  • 3 small bananas-mashed (added by me!)
  1. Sift the flour into a medium bowl, and stir in the sugar. Make a well in the center, and add the egg. Stir with a wooden spoon while gradually pouring in the milk until you reach the consistency that you prefer. Thicker picklets will need a thick batter, while thin picklets will need a thin batter. Stir in melted butter last (n bananas, if desire), beating until smooth.
  2. Heat a skillet over medium heat. Coat with cooking spray. Drop by large spoonfuls onto the hot skillet. Picklets should be about 2 inches across. Flip when bubbles appear on the surface, and cook until browned on the other side.

Bingka pisang

Resepi ni plak cilok dr umah K.Zai ni...mmg sedap..sape2 yg suka pisang leh try resepi ni...gambo kat umah k.zai lg mengancam..heeeeeeeeee

1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..

Kari ikan ala India

Resepi dari umah Mat...

7 ulas bawang kecil merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1 cm belacan
4 tangkai cili merah

Bahan-bahan tumis:-
3 ulas bawang merah, dihiris halus
1 ulas bawang putih, dihirts halus
2 tangkai daun kari
1 camca teh halba campur (terdiri daripada halba, biji sawi dan jintan kasar)

Cara membuatnya:-
1- Terung dipotong dua dan dibelah 2, belah setiap bahagian tapi jgn putus, rendam dgn air garam 5 minit. Toskan. Cuci bendi dan buang hujung dan pangkalnya sedikit, cuci dan toskan. Goreng kedua2 jenis sayur dalam minyak panas selama 20 saat. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

2- Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan rempah kari, kacau goreng hingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3- Tuang air secukupnya (anggaran 500ml), masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan dan tuangkan santan pekat tadi sambil dikacau perlahan. Akhir sekali masukkan tomato, bendi dan terung yang telah digoreng tadi. Biar mendidih sekejap dan boleh dihidangkan.

Ikan goreng cili padi

Resepi dr trymasak.my ....

1) Ikan kembung (2 ekor)-jun guna filet ikan kurau
2) Bawang besar (1 biji)
3) Bawang merah (3 ulas)
4) Cili merah (3 biji)
5) Cili padi (1/2 biji)
6) Limau nipis (1 biji)
7) Belacan goreng (1 sudu)
8) Serbuk kunyit (secukupnya)
9) Gula (1 sudu)
10) Garam (1/2 sudu)
Directions

Kelar ikan dan gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Perap ½ jam.

Cincang halus bawang besar dan hiris nipis bawang merah.

Kisar cili padi dan cili merah hingga hancur.

Goreng ikan tadi hingga garing, angkat dan ketepikan.

Menggunakan kuali sama, tumis bawang merah hingga layu, diikuti dengan bawang besar.

Apabila garing, masukkan belacan yang dicair dengan sedikit air. Goreng sebentar. Masukkan cili yang dikisar tadi dan gula. Goreng hingga pecah minyak.

Perahkan limau nipis dan kacau sebati. Masukkan ikan. Gaul rata sebelum dihidang.

Tenggiri goreng asam jawa

Resepi dari HaSue kat MyR...asal guna ikan tongkol...ade stok ikan tenggiri jek..bantaiii

  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..

5.8.09

Chicken wing BBQ

Masih resepi dr kak fida kat MyR..

  • 12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1 sk cili serbuk
  • 3 sb kicap cair
  • 2 sb madu
  • 2 sb gula melaka - hiris halus
  • 1 sb cuka/jus limau kasturi/jus lemon

Cara-cara

  1. Tumbuk halus bawang putih dan halia.Campurkan dengan kesemua bahan2 yg lain kecuali ayam di dalam sebuah mangkuk yang besar.Gaul rata.
  2. Masukkan lepak ayam kedalam mangkuk berisi sos2 tadi dan gaul hingga rata.Perap untuk beberapa jam di dalam peti sejuk atau perap semalaman.
  3. Jika panggang menggunakan oven,susun kepak ayam di dlm dulang pembakar yg dialas aluminium foil.Setelah 20 min. balikkan kepak ayam sambil disiram lebihan sos dan panggang terus hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
  4. Jika memanggang menggunakan bbq pit,balik2kan kepak ayam sambil disapukan lebihan sos dgn menggunakan berus khas.Panggang hingga masak.
  5. Siap utntuk dihidangkan.

Black pepper sauce fried rice

Resepi dr kak fida kat MyR...

  • 4 cawan nasi sejuk
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji telur
  • sedikit hirisan sayur kobis
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 4 sb sos lada hitam*
  • 2 sb kicap manis*
  • 2-3 sb air*
  • mentega/minyak - untuk menumis
  • sedikit isi ayam/udang - jika suka
  • bawang goreng,hirisan daun bawang dan daun sup - untuk taburan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Campurkan bahan2 bertanda dan ketepikan.Panaskan secukup mentega/minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam/udang juga hirisan sayr2an dan gaul rata.Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Masukkan nasi dan gaul rata dan tuangkan campuran sos lada hitam dan gaul hingga sebati.Tambahkan sedikit garam secukup rasa dan gaul lagi.
  3. Taburkan bahan taburan ketika menghidang.
  4. Sedap juga dimakan dgn jeruk lada hijau.**Kalau anak2 akak suka makan dgn coleslaw dan ayam goreng.

Hati n pedal goreng berempah

300gm hati n pedal

bahan hiris:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
daun bawang n daun ketumbar

bahan tumbuk:-
1/2 in kunyit
1 1/2 in halia
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
garam

perap hati n pedal bersama bahan tumbuk, biar 30min. panaskan minyak, goreng hati n pedal. bila hampir masak, masukkan bahan hiris, gaul rata. masak sekejap lagi hingga hati n pedal garing sket, angkat.

Sotong bersos baiduri

Resepi sotong ni jun dapat dr malay.cari.com. tp disebabkan resepi ni takdak nama so jun letak ajelah nama pengirimnya ek...

1 kg sotong dibersihkan mcm biasa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit halia
dua tiga sudu besar sos cili
dua tiga sudu besar sos tomato
cili merah
sedikit serbuk ketumbar & serbuk kurma
satu btg serai dititik
garam & gula
bawang besar dihiris

Cara2nya:-

Tumbuk cili merah bersama bawang putih, bawang merah & halia. Lepas tu tumis bersama serai. Kemudian masukkan serbuk ketumbar & serbuk kurma. Tumis hingga masak or brownish in color.
Kemudian masukkan sos cili & sos tomato. Masukkan garam & gula. Bila dah menggeledak baru masukkan sotong & bawang besar, kacau hingga masak. Jika suka boleh bubuh sedikit susu cair.
Lepas tu boleh dihidangkan & ditabur daun sup/daun bawang.

4.8.09

Gert's Tri-color marble cake

Jun buat ni a few days ago tp baru ari ni sempat post...arini pon sempat update yg ni ajelah..my laling ade kat rumah jap lagi so x leh lama2 lah kat alam maya..hahahha. bila buat kek ni, tgk2 kaler merah dah abis..yg ade hijau, purple n biru..haha, so tu yg jd kaler hijau n purple...janji leh makan kan? cnp from umah Gert ni...

226 grm butter (2 stick)
220 grm sugar
5 eggs
260 grm flour
4 tbsp of milk
1 tsp of baking powder
¼ tsp salt
Food coloring – pink and green
Flavoring – mint/pandan, strawberry and Vanilla

1. Prepared a baking pan. Line the bottom with parchment paper and greased with some butter. Beat butter and sugar until light and fluffy. Add in eggs one at a time and beat until well combined.

2. Sift flour with baking powder and salt. Slow down the speed of the mixer and slowly add in the flour. Lastly add in the milk.

3. Divide batter into 3 portions. Add one portion with mint or pandan flavor and add a few drop of green coloring. In another portion add a few drop of strawberry flavor and some pink coloring. The last portion just leave it plain and add a few drop of vanilla to it. Stir well.

4. The most important part is assembling the batter in the baking pan. Drop about 3 tbsp of the better to the middle of the baking pan. Follow by the other color mix on top of each other. Proceed to do the same to the rest of the batter. Do not stir, swirl or shake the pan. The batter will spread on it own.

5. Bake the cake in a pre-heated 350 degree F oven for an hour or until golden brown. Stand cake 10 mins. in pan then tun onto wire rack to cool.

3.8.09

Kulihat HIJAUUUUUUUUUU...hehe


Arini pakai suar hijau..semalam pakai baju n tudung hijau, g makan ade mangkuk, sudu n chopstick hijau...pastu g jalan2 kat Bangsar Village..jumpe mende2 hijau kat atas tu..x pasai2 g beli..peeler, whisker n ice cream scoop..murah aje tuuu...dah pegang 1 set sudu garfu hijau gak tp sure balik nnti x d tempat nak simpan sbb umah akak ni kecik jek..cancell trus walau x brape puas ati sebenarnyer, hehe. pastu soh hbby beli satu t-shirt kaler hijau...hahhaha...hbby ckp, x mo ar..mcm hutan rimba! ekekke...kna stop la beli brg2 hijau!

eh! umah akak ni pon kaler hijau..ntah bila nak tukar cat! heheh....