
Resepi dr citarasawan kat MYR..wah3..byk betul resipi kue dia kat situ..jun try yg ni dulu..mmg agak2 dah rasa mcm kole kacang cuma x d 'tahi minyak' tu aje..sbb bhn2 pon lebih kurang...jun wat half dr resipi ni ye..tau ajelah, hbby n jun j yg mkn kue2 camni.
- Bahan A 200 gm tepung kacang hijau
- 50 gm tepung hoon kwee
- 40 gm tepung kanji
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Bahan B
- 300 gm gula melaka
- 100 gm gula halus
- 2 helai daun pandan
- 800ml santan pekat KARA
- 400 ml air
- Loyang 9" empat segi
Cara-cara
- Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
- Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
- Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
- Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.
5 Clean Plate(s):
pernah mkn kuih lapis kcg hijau. mmg sedap!!!
kite langsong x penah mkn..tp mcm tau je sedap ni..
salam jun..sedang ronda ronda cari ilham ni:)
Jun,
kagum tengok org yg rajin buah kuih-muih cenggini.. sy ni bertahun sekali baru nak buat. Tu pun yg simple2 je.. kuih lapis mcm ni jgn harap le ;)
ain..sedapkan?
mummyseri..trylah, kot2 kena selera..
kak CM..wah, nak masak ape tu?
Dhill..kita kena wat sbb hbby bwk bekal bekpes dlm keta..kalu malas, roti jek jawabnyer..haha
Post a Comment