12.3.10

Talam gula merah

Resipi ambik kat umah Yatie ni...'boss' kita kata, yg ni ,menepati piawaian..keh3.....tq yatie. akak cnp aje ekkk...

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

3 comments:

geraugebang said...

kita buat,,,kita buat petang ni...tapi gula merah tak der...gula putih letakkan ngan coklat boleh tak...he he he kalau derhaka kat cikgu,,,,kuih bentat tak>?

FiDa@aMiDa said...

sedapnya kuih talam ni...tau makan je tak reti buat

FiDa@aMiDa said...

sedapnya kuih talam ni...tau makan je tak reti buat