Resipi asal dr kak Hanieliza ni kita ambik kt umah Yatie ni. ni maybe n3 kita yg last for this week or maybe smpai awai minggu depan..kita bz sket lah..ade beberape hal nk settle. ok? next week kita letak n3 kek yek? hehhehehe....happy weekend sume..mwah3.Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.
Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.
3 Clean Plate(s):
Salam Jun, kak dah cuba kuih bakar kentang tu tapi buat eggless, sila ke blog akak utk lihat hasilnya, thanks Jun...
Salam Kak Jun, saya suka labu ni..nanti saya cuba ya
TnT..kita dh tgk, rasa mcm nk makan jek tp tunggu mood dtg balik lah, hehe
fuzidss..ye, bingka labu pon harus cuba, sedap tau!
Post a Comment