Terguda tgk kat umah si Maz yg tgh gumbira sbb cik abg ade kat umah tu..hehhehe. resipi guna thai red curry paste tp x d plak la..akak bantai guna pes tomyam so jadiklah tomyam bersantan gitu....nway, ni respi asal cilok kt umah maz ye...- 10 ekor udang segar saiz sederhana besar - buang kepala dan belah depan sikit
- 1/2 - 1 sudu besar red curry paste - ada jual kat pasaraya
- 2 batang serai - dibelah kecil
- 1 inci lengkuas - hiris nipis-nipis (resipi asal tak letak)
- 1 biji tomato - belah 4 (resipi asal tak letak)
- 4 helai daun limau purut
- 4 biji cili padi - ketuk (kalau suke pedas letak lebih) (resipi asal tak letak)
- 1 labu kecil bawang besar - belah 6
- 1/2 biji limau nipis - amik jusnya
- 1 cawan santai cair (jangan terlalu cair)
- 2 cawan air
- 2 sudu besar minyak masak - kita guna minyak sayur
- daun ketumbar - untuk aroma thai yang sebenar (resipi asal tak letak)
- sedikit gula, garam @ fish sos dan aji - sebagai perasa
Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, serai dan red curry paste. Kacau sebati seketika (2-3 minit) guna api perlahan.
2. Masukkan santan, air dan lengkuas. Kacau selalu agar tidak berketul dan masak sampai mendidih. Kemudian masukkan cili padi, daun limau purut dan udang.
3. Masak sampai udang masak (jangan masak telalu lama, kerana udang cepat lembut cukup hanya 5-6 minit). Kemudian masukkan buah tomato. Perasakan dengan jus limau nipis, gula, sedikit garam dan aji. Pandamkan api. Keenakan sup ni terletak pada rasanya yang seimbang dan rasa masamnya yang lebih menyerlah.
4. Tuang dalam mangkuk dan letak daun ketumbar semasa menghidang. Selamat Mencuba......
0 Clean Plate(s):
Post a Comment