29.1.10

Kuih lapis kacang hijau

Resepi dr citarasawan kat MYR..wah3..byk betul resipi kue dia kat situ..jun try yg ni dulu..mmg agak2 dah rasa mcm kole kacang cuma x d 'tahi minyak' tu aje..sbb bhn2 pon lebih kurang...jun wat half dr resipi ni ye..tau ajelah, hbby n jun j yg mkn kue2 camni.

  • Bahan A 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.

Nasi goreng ketumbar

Jun memang suka daun ketumbar so try lah resepi dr Cindaibiru kat MYR ni....sedap jugak..n of courselah ade bahan yg x d, ade bhn yg di tambah...hehe

  • 2 cwn nasi putih
  • 1 sdb cili padi kisar
  • 1 sdb bawang kisar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 pokok daun ketumbar
  • 3 biji cendawan butang (Hiris nipis)
  • 1 btg carrot (Potong ikut suka)
  • 4 btg putik jagung (Potong bulat)
  • 3 sdb jagung tin
  • Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (Lg sedap klu guna olive oil)
  • Sedikit sos lada hitam

Cara-cara

  1. *Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk hingga wangi, masukkan cili padi kisar dan bawang kisar, kacau sebati hingga agak garing.
  3. Masukkan daging dan biarkan daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sos lada hitam.
  5. Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.
  6. Masukkan jagung tin dan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.
  7. Hidangkan panas dgn timun dan salad

Roti ala pizza


Dah lama x uli2 wat roti...so dgn konfiden nyer bwk keluar segala brg frozen nak buat...bila smpai masa, tengok2 tepung roti tinggai seciput..aiyaaaa! ligat ler fikir, ape nak buat..sbb tekak mcm dah terasa2 nak mkn roti pizza ni..topping pon dh siap..hahhaa..cek2 tepung..sume tepung ade kecuali tepung roti tu aje..last2 jun bantai tepung pau sbb tu j yg paling hampir mcm tepung roti..hehhee. dh siap uli, tengok2 lupa plak letak telur..tp trus kan ajelah n akhirnya, jadilah roti ala pizza ni n esoknya pon masih lembut, yeehaaaa! ni resepi yg dh di edit...

100gm tepung roti
150gm tepung pau
4gm yis
70gm ubi kentang rebus-lecek
2 sudu besar susu tepung
100ml susu segar suam (kalau x cukup tambah sket lagi)
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula

campur semua n masukkan susu segar sket2 n uli hingga x lekat kat tangan. cover n rehatkan hingga naik 2 kali ganda. tumbuk2 n wat bentuk ikut suka. rehat lagi n bakar pada 180'c selama 25min.

27.1.10

Tom Ka Gai (Thai chicken soup wif coconut n lemongrass)


Resepi dr about.com ni mmg simple. pernah try versi senang seblom ni..kali ni bhn2 bertambah n masih sedap..akak maleh tul nk translate..cnp trus ar..x p yekkkkkk

  • 6 cups good-quality chicken stock (Serves 2 as the main entree, or 4-6 as an appetizer)
  • 1-2 chicken breasts, sliced, OR 1-2 cups roasted chicken or turkey
  • 1 lemongrass stalk, OR 3 Tbsp. frozen prepared lemongrass
  • 4 kaffir limes leaves (fresh or frozen)
  • 1 cup shiitake mushrooms, sliced
  • 1 thumb-size piece galangal or ginger, grated
  • 1-3 fresh red chilies, minced (to taste), OR substitute 1/2 to 3/4 tsp. dried crushed chili
  • 1/2 to 1 can good-quality coconut milk
  • 2 Tbsp. lime juice
  • 2+ Tbsp. fish sauce
  • 1 tsp. brown sugar (optional, according to taste)
  • handful fresh coriander leaves
  • handful fresh basil leaves
  • 3 spring (green) onions, sliced
  • optional: other vegetables, like sliced bell pepper or cherry tomatoes

Preparation:

  1. Slice and mince the lower portion of the lemongrass stalk. Retain the upper stalk for the soup pot.
  2. Place chicken broth in a large soup pot over medium-high heat. If you have leftover chicken or turkey bones, add those too. Bring to a boil.
  3. Add fresh chicken (or leftover chicken or turkey) and mushrooms. Also add the prepared lemongrass (including upper stalk pieces), plus kaffir lime leaves and fresh chili. Boil 5-8 minutes, or until chicken is cooked.
  4. Turn heat down to medium. Add the galangal or ginger, 1/2 can coconut milk, the fish sauce, and extra vegetables (if using). Stir well. Simmer gently 1-2 minutes.
  5. Turn heat down to minimum. Add lime juice and stir.
  6. Do a taste test. Look for a balance between spicy, sour, salty, and sweet flavors. Start with salty, adding more fish sauce if not salty or flavorful enough (1 Tbsp. at a time). If too sour, add the sugar plus a little more if you need it. If too spicy, or if you'd like it creamier, add more coconut milk. If not spicy enough, add more chili.
  7. Ladle soup into serving bowls. Sprinkle a little fresh coriander, basil, and spring onion over each bowl.

Lala goreng selasih

Resepi dr Emazs kat MYR..

  • 1 kg Lala
  • 4 Ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 Biji lada besar merah (ditumbuk)
  • 4 Biji lada hijau (ditumbuk)
  • 3 Sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 20 Helai daun selasih
  • 1 Sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • * Lala perlu dibersihkan terlebih dahulu satu persatu untuk mengelakkan ada lala yang kosong dan berpasir yg boleh menyebabkan kuahnya berubah warna dan jadi tak sedap.

Cara-cara

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak
  2. Tumis bawang putih sehingga layu
  3. Masukkan lada yang ditumbuk dan tumis sehingga layu
  4. Masukkan sos tiram, kemudian masukkan air
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa
  6. Masukkan lala dan gaul rata
  7. Biarkan sekejap sehingga lala terbuka
  8. Masukkan daun selasih dan gaul rata
  9. Tutup kuali dan biarkan sebentar sehingga masak.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Hati n mempedal ayam goreng berempah

Campur kacang panjang sket....agak2 ler ye sbb respi ni pon akak main agak2 jek...

hati n mempedal ayam
1/2 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 in halia-hiris halus panjang
cili merah n hikau-hiris
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh gula perang
1 sudu makan kicap pekat manis
kacang panjang-optional
garam


campur hati n mempedal bersama rempah2 n garam, biar sekejap.
tumis bawang putih n halia serta cili merah n hijau hingga naik bau, masukkan hati n mempedal n biar masak. masukkan bawang besar n kacang panjang. masak n angkat.

26.1.10

Chocolate cupcake (my type)

Kali ni experiment ngan resipi lain plak..jun suka kek yg padat, moist sket tp lembut....kalu korang suka yg mcm tu..ni tuk korang, ngeh3..i made peanut butter buttercream tp lupa nk snap gambo...very good combination...hehe

100gm butter
1 1/3 cawan gula
3 biji telur
3/4 cawan fresh cream
1/2 cawan susu segar1 sudu teh esen vanilla
100gm cooking choc-cairkan dulu
2 1/3 cawan tepung
1 sudu teh baking powder

pukul butter n gula hingga ringan. masukkan telur satu persatu n pukul. masukkan cream n susu segar, esen, coklat cair, tepung n baking powder. pukul lagi hingga rata. masukkan kedalam cawan n bakar pada 180'c selama 15-20min.

Ayam goreng berempah

Resipi dr dayangjack tp ambik kat MyR....

  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (ditumbuk kasar)
  • 3 batang serai (ditumbuk kasar)
  • 1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
  • 1 biji telur
  • 2 sb tepung jagung
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
  2. Hidangkan panas2.

Daging masak merah

kali ni saje guna resepi ayam masak merah dr Choppy kat MyR...just adjust guna daging yg direbus ngan air+serai+halia+garam bg memudahkan [roses memasak..hehe. jun cnp aje resepi asal ye..

  • 1/2 ekor ayam(jun guna daging rebus pastu hiris n goreng sekejap)
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

25.1.10

Pau dwi warna n kapkek deco sempoi


Arini saje2 letak gambo ajelah sbb resipi dh lama letak..kira ulang tayang tp dgn wajah berbeza, ceewahhh....pernah jumpe kat blog mana ntah pau kaler2 gitu so tetiba jun terlebih rajin, follow letak kaler sket tp kaler ijo tu x cukup le plak..dh abis..hehe. kapkek tu plak org oder segera n deco sempoi2..so jadiklah gitu..ok lah jugak kan? heee

Asam pedas cili merah

Alaaa...resepi asam pedas biasa jek cuma kali ni x guna cili kering..guna cili merah aje tp pedas jugak ye....guna satu jenis cili merah yg pedas tu...

Pasta salad or salad pasta (wat eva)

Ni betul2 masa malas giler...dok rebus pasta pastu campur ngan tuna wif mayo dlm tin tu, campur carrot, celery, timun n sosej...gaul2 n ngap..eh, boleh lah..kenyang jugak..ngeh3

21.1.10

Ikan bersos mentega herba

ni plak cilok dr umah ummi..resepi asal dr majalah saji...ade lemon, suke2....

  • 100 gm isi ikan merah (*akak guna tenggiri)
  • 2 sb. tepung jagung
  • 3 sb. minyak jagung
  • 50 gm mentega tanpa garam
  • 10 gm bawang putih - dicincang halus ( akak letak 2 ulas)
  • 10 gm bawang merah - dicincang halus (akak letak 2 biji)
  • 1 cm halia - dicincang halus
  • 1 sudu kecil lada hitam - dikisar
  • 1/2 biji jus lemon
  • 1 helai daun bay
  • 1/2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 kuntum bunga kantan - dicincang
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan perap dengan sedikit perahan lemon, garam, lada hitam dan sedikit minyak selama 5 minit. Kemudian salut dengan tepung jagung.
  2. Panaskan kuali, tuangkan minyak jagung dan goreng ikan hingga kekuningan dan toskan. Letak dalam pinggan yang sesuai.
  3. Dalam kuali yang sama, tambahakan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dicincang serta daun bay hingga naik bau.
  4. Masukkan mentega, bunga kantan, tomato dan perahan jus lemon. Perlahankan api dan biarkan sos mendidih sebentar dan kacau selama 2 minit.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tuangkan ke atas ikan tadi dan hiaskan sebelum dihidang untuk menambah selera. (*akak xda hias2 dah la pun, mmg bau masa masak tu dah naik selera..hehe)

Sup tulang n daging merah

Ni kes merayap kt umah ina@hana lah ni..trus wat ni...kebetulan minggu ni ade tulang n daging...sedap jugak ye...lenkali leh la try wat bone steak yg femes tu...cnp dr umah ina jek la...hehe

350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-cara

1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.

Chicken wing special

Ni pon resepi campur2..aduk2..goreng...

8 kepak ayam
tepung jagung atau tepung goreng serbaguna

6 ulas bawang putih-tumbuk}
sedikit daun n akar pokok ketumbar-tumbuk}
1 sudu besar sos tiram}
1 sudu besar sos ikan}
pepper atau blackpepper}
1-2 sudu teh serbuk cili/cayenne}
1 sudu teh gula}
garam-jika perlu} campurkan semua

ayam di gaul ngan semua bahan campuran tadi n perap selama 30min atau semalaman. golek2 kan atas tepung rata n goreng hingga masak n garing. makan panas2 ngan cili sos...

20.1.10

Kue lapis..sila jamu mata anda..

Kita memang suka tengok kue lapis yg berkaler2...ahakks! ni tuk bekpes kita merangkap bekal minum pagi my laling..

Penambah selera hari ni...sambal udang n tempe

Hehhehe....sbb my doter stayback..n my 1st son tu mkn x kisah lauk ape...arini masak ikut tekak kita...makan lebih sket lah arini..x per...petang kang exercise lebih sket (plan aje dulu, kikiki.....)

19.1.10

Kapkek pisang and awards



Awards, lama dah x tepek kat blog ni..dulu2 ade problem nk save pic dr blog lain..tatau nape..baru2 ni aje dah normal balik komputer nih...mcm tuan dia..kdg2 mengong..hahhaha. award dr umah Ummi..tengkiu soo very much ummi....ok, kita pergi k resepi tu plak...
Ni bukan jenis yg moist yek..biasa2 aje...jun makan ni sambil minum fresh milk sejuk..jadik bekfes...hehe

2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula + 1/4 cawan brown sugar (nk letak sume gula putih tu pun x p)
1 1/4 cawan minyak canola
3 biji telur A
2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cinnamon powder
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan raisin/choc chips

masukkan tepung, soda, cinnamon n garam kedalam mixer, rata.
dalam mangkuk lain, campurkan gula, telur, minyak n esen. whisk sebati n masukkan kedalam campuran tepung. pukul sehingga rata, masukkan pisang n raisin, gaul rata. masukkan kedalam cawan kertas n bakar pada 180'c selama 20min.

Daging goreng beraroma

Resipi dr Nim kat MYR....simple jek...nak try?

  • 500 gm daging lembu
  • 1 biji tomato besar (tomato masak dipotong kecil)
  • 2 biji kentang (saiz sederhana)
  • #6 biji cili merah (Cili besar..ikut tahap kepedasan))
  • #1 sudu kecil jintan putih
  • #1 labu bawang besar
  • #2 ulas bawang putih
  • #1/2 cm halia
  • 1 sudu kecil gula
  • garam sesedap rasa
  • 1 sudu besar kicap pekat manis

Cara-cara

  1. hiris daging nipis (saiz lebar)
  2. (bahan bertanda #) halia, jintan putih,bawang besar, bawang putih, cili merah.. di kisar halus
  3. kentang dihiris sederhana nipis dan digoreng garing (diletakkan berasingan)
  4. perap daging bersama bahan yang dikisar dan kicap selama 10 minit..(yang bertanda #)
  5. panaskan minyak... goreng bahan yang telah diperap dan tomato yang telah dipotong kecil.
  6. goreng hingga hampir kering(jika nak kuah..jangan terlalu kering)...masukkan gula dan garam sesedap rasa
  7. hidangkan di dalam pinggan dan letakkan kentang yang telah digoreng
  8. sedap di makan bersama nasi panas.

18.1.10

Sup tauhu jepun

Arini punyer lauk ala2 diet la kunun2..ngeh3..nak resipi gak k? ok lah...kira resipi satu mangkuk aje ni sbb wat tuk my doter masa lunch...kalau nak byk, lebihkan ye..

1 paket tauhu jepun/tauhu telur-potong bulat dlm 1/2 in tebal
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
carrot-hiris
cendawan-hiris
cili merah-hiris
1 biji telur putih
1/4 kiub pati ayam
garam
sedikit kicap cair n minyak bijan
pepper
air secukupnya (dlm 1/2 cawan)
air tepung jagung-jika suka pekat
daun bawang-hiris
minyak

panaskan sedikit minyak, goreng tauhu hingga kekuningan sket, angkat.
panaskan sket minyak, tumis bawang putih n halia hingga wangi. masukkan air n kiub pati ayam. didihkan, masukkan carrot, cendawan, cili merah serta kicap cair n minyak bijan. masukkan pepper n garam jika perlu. didihkan, masukkan tauhu n air tepung jagung. kacau sekejap, angkat n tabur daun bawang.

Pindang ikan tenggiri

Resipi dr umah Nita . asalnya pindang mackerel or ikan kembung tp jun guna ikan tenggiri....resepi asal mcm ni ye...

2 ekor ikan mackeral/kembung bersaiz sederhana
2 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
1 ulas bwg besar - potong tegak belah 6
5 biji cili padi -tumbuk
1 inci kunyit hidup -tumbuk
1 btg serai -ketuk
1 inci halia -hiris
1 helai daun kunyit -koyak2kan
2 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara2:

Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan. Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk, bwg besar potong tegak,serai,daun kunyit,halia & asam keping. Reneh guna api sederhana sehingga semua bahan mesra.Kemudian, masukkan ikan. utup periuk & biar ikan masak sempurna. Bila ikan dah masak, masukkan garam & sedikit lagi asam jawa. Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.

Good luck to a fren


Ni makan masa outing k KL semalam...my hbby's fren bukak warung kat Kg Baru...nasi ayam dara n ayam kampung goreng berempah..to Walid, muga success selalu..!

Megi mee?

Korang suka makan mee segera? Jun x suka...hehe. sebenarnye jun bukan peminat mee...so, instant mee kira skalik la kan...tp my kids makan ni..especially my 1st son..boleh kata hantu mee segera..tu sbb kdg2 saje x beli supaya dia x mkn ni selalu. tetiba rasa nak masak ni baru2 ni, konon2 nak makan ler..letak mcm2..tp mcm biasa..akak x makan sgt pon...2-3 sudu jek lepas..ekekekke. ni, mee segera perisa kari yg dh x rasa kari sgt sbb letak mcm2..hahhaa

Paratha tuna telur

Resepi cilok dr umah ummi..kebetulan ade roti paratha dlm esbok yg x abih2...sesuai ngan kemalasan ari sabtu arituh nih..hehhee

  • 4 keping roti paratha
  • 3 biji telor
  • 1/2 tin tuna (Mild)
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • daun bawang - cincang (optional) tp akak x letak pun..xda stok.
  • sedikit minyak zaitun

Cara:-

  1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali roti paratha ke dalam mangkuk. Adun sebati.
  2. Panaskan non-stick pan dengan minyak zaitu dan goreng roti paratha separuh masak kedua-dua belah roti. Alihkan ke dalam pinggan.
  3. Tuangkan sedikit minyak zaitun dlm pan yang sama, letak 3 sudu besar adunan telor dan tuna tadi, ratakan selebar separuh roti paratha dan tekapkan sekeping roti paratha di atas telor tadi pada sebelah bahagian sahaja...(seperti menekap roti john). Biarkan sebentar dan telor akan melekat pada roti paratha.
  4. Balikkan roti paratha yg dah meletak dgn telor tadi dan lipat dua roti tersebut. Goreng garing sedikit kesemua bahagian.
  5. Angkat dan hidangkan.

A bit like chinese...chicken

Hehhee....sebenarnye ni lauk ari sabtu...sbb cik abg x d kat umah, akak masak ikut suka hati akak jek. campak2 n guna ape j bahan yg ade kat umah...

ayam-gaul ngan garam, pepper n putih telur kemudian salut ngan tepung goreng serbaguna. goreng hingga masak.

2 ulas bawang putih-hiris
bawang bombay-dadu
1/2 in halia-hiris
1 sudu teh serbuk cili kasar
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar gula perang
carrot-hiris
celery-hiris
button mushroom-hiris
capsicum-hiris
air tepung jagung

tumis bawang putih n halia. masukkan bawang bombay, serbuk cili, kicap cair n gula perang serta sedikit air jika perlu. masukkan bahan2 lain ayam, gaul sebati. masukkan air tepung jagung, kacau sekejap n angkat.

15.1.10

Home-made chawan mushi

My doter's fav...siaran ulangan ye....i posted 'bout this, hmmm..long time ago? hehe....opps! ade yg x jumpe yek? actually dulu jun ade post 2 recipe pasal ni tp satu ilang plak..camner tu ek? satu lagik ade tp gambo plak ilang..isk3. so..this time jun tulis...a bit different dr yg jun dh post tu..resepi sebenar guna dashi stock..if m not mistaken, dashi tu leh beli kat kedai yg ade jual stock barangan masakan jepun mcm kat jusco tp jun x pernah beli..so, jun ganti ngan bhn2 lain yg leh dpt kat umah tp result dia..almost close mcm yg kat restoren tu..cubalah!

3 biji telur
2-2 1/4 cawan stock soup (buat sendiri, stock ayam+ stock ikan+ sedikit kicap cair)
(* atau boleh cuba 2 1/4 cawan air+1/4 sudu teh serbuk pati ayam+1/4 kiub ikan bilis + pepper sket n 1/4 sudu teh gula)
beberapa hirisan 'gu' atau filling seperti cendawan shiitake or crabmeat

kacau telur perlahan2 menggunakan garfu atau chopstick sambil masukkan soup tadi sket2. letak 'gu' kedalam mangkuk tahan panas n tuang campuran telur tadi. kukus hingga masak (lebih kurang 12 min)

Sup ayam + cendawan + suun

Lauk menghampiri hujung minggu..keh3

14.1.10

Daging tumbuk masak kicap

Resipi dr Sofinar kat MyR...sedappppp

  • 300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal
  • 2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
  • 6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 cm belacan
  • asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
  • minyak untuk menumis, garam dan gula

Cara-cara

  1. daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
  2. perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit,
  3. cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
  4. panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi
  5. masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa.
  6. tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang

Ayam tandoori goreng


Resepi dr kak liza @ hanieliza...sedap, hehe..cnp dr fP kak liza..hehe

1 ekor ayam-potong kecil
1 paket rempah tandoori maggi
3 sdb cili mesin
1 sdb serbuk kunyit
5 sdb tepung goreng ayam
3 biji bawang merah}
2 ulas bawang putih}
2 in halia} kisar
garam

gaul sume bahan n perap 30 min. goreng hingga masak n garing.


Beke @ bingka roti

Sedapnyer...kue bakar atau bingka ni mmg fav akak...kali ni try resipi dr fzi ni..ade campur roti sket...tetap sedappppp..hehe..cnp dr sana tp akak wat half aje sbb akak n hbby jek yg makan..

  • 7 keping roti dicarik2
  • satu cawan tepung gandum
  • satu cawan setengah gula
  • 4 biji telor (kalu kecik) Kalau guna telor gred double A atau A pakai 3 je
  • pati santan RM2 campur air masak biar jadi 3 cawan
  • air daun pandan secawan
  • 1 scoop vanila
Cara:
  1. Panaskan loyang yang telah disapu margerin dalam kepanasan oven 180'
  2. Campur semua bahan, dimesin dalam pengisar jus.....*jangan tersilap blender, nanti kueh rasa bawang/cili pula...hehehe*
  3. Tuang dalam loyang, bakar selama 1 - 1 jam suku
  4. Bila dah masak, tunggu keras selama dua tiga jam baru boleh dipotong.

Mini chocolate chip cupcake-not a success one (for me)

Tak tau kat mana went wrong...tried this recipe yg jun ambik dr satu blog ni..ez one tp i just dont like d texture...too much choc chip? too moist? rasa sedap tp still x suka..hehe. so, kita layan gambo ajelah ye..

pssst! not all d time jadik taw! hehe...so, jgn fed-up try resipi!

13.1.10

Crispy sweet sticky spicy wings (chicken)


Resipi cilok dr sini ...senang n sedap....tp akak malas tul nk translate, hehe....x p yeeeeeee

3 pounds chicken wings, washed, trimmed and cut in pieces. ( i used other parts of chicken)


Mix together

2 cups flour

2 teaspoons freshly grated nutmeg

1 tsp cayenne pepper

3 tsp chinese five spice powder

4 tsp sea salt

1 tsp freshly ground black pepper

3 tbsp ground ginger

Dip the chicken wings into an egg wash made from

2 eggs

4 tbsp milk

Dredge the egg washed wings in the flour mixture and drop them in a canola oil filled and preheated 350 degree F deep fryer for about 8-10 minutes depending upon the size of the wings until a medium golden brown. Drain on a wire rack placed on a cookie sheet. Hold in a 175 degree oven if making more than one batch.

Sweet and Spicey Glaze

In a small saucepan add

1 finely minced garlic clove
2 tsp olive oil

Saute over medium heat until the garlic is softened but not browned. Add:

2/3 cup honey
2 tsp freshly ground chinese chili paste (or use chopped fresh chilis) (adjust to taste)
1/2 tsp freshly ground black pepper
1/4 tsp salt

Simmer for about 5-10 minutes. Pour over all the cooked wings in a large bowl and toss well to cover the wings in the glaze before serving. You can also just serve the glaze as a dipping sauce

Nasi jagung

Resepi dr zara_klate kat MYR...lately jun mmg byk buat nasi yg ade perisa sbb my youngest tu lepas2 sunat aritu susah betul nk mkn nasi..tp nasi yg mcm ni makan plak..adussss! x kan ari2 nk masak nasi camni...hehe

  • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

  1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
  2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
  5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
  6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

12.1.10

Acara makan2 kat luar lagik...






pestaim mkn kt sini..tu pun sbb x tau nk mkn ape kt satu soping komplek kt klang ni..we tried, nasi goreng kampung? bese jek...nasi lemak? pon biasa2 jek..cendol? biasa jugak..banana split? x d yg luar biasa pon..rojak buah? d only thing i like..rasa cukup pekat..tp buah..ade timun, sengkuang n nenas jek..tp abis lah makan, hehe.... yg paling jun suka kat sini? kaler table dia merah...hahhaha

11.1.10

Nasi mentega bercendawan

Bila agak2 malas nak masak lauk, jun selalu la wat nasi yg ade rasa camni...kali ni wat nasi butter biasa j tp tambah sayur2 n mushroom sket...sedapler plak...hehe

2 cawan beras
2-3 sudu besar butter
carrot-hiris panjang
isi jagung
cendawan-hiris kecil
bawang bombay-dadu kecil
stok ayam secukupnya

campur aje sume2 n masak macam biasa.

Kuih kasui @ kosui @ kaswi @ kesui

Macam2 spelling nama kue ni kan? tp sebutan sama ler... antara fav hbby...resepi dr resipi.net tp x dpt masuk dah website tu..nape ek? x dpt ler nak cnp trus...so, x sure lah ape yg jun tulis kt kertas ni resepi asal..nway, jun tulis j la yek..yg pasti, jadik!

80gm tepung beras
80gm tepung sagu/ubi
100gm gula
100gm gula merah/melaka
550gm air
1/2 sudu teh air kapur/jus limau nipis
(jun letak nescafe 1/2 sudu teh..bg wangi sket)

masak air n gula serta gula merah hingga larut n tapis. biar sejuk sket. panaskan loyang yg disapu sedikit minyak.
campur semua bahan lain bersama air gula tadi, kacau sebati n tapis kedalam periuk. panaskan atas api sederhana hingga berwap n adunan bergentel sket. masukkan kedalam loyang n kukus hingga masak.

Tepung bungkus? mana bungkusnyer?

Korang jgn gelak ye...aritu akak terasa nak mkn kue ni tp daun pisang x d..bahan2 lain cukup..nak p beli, lmbt lagi..nk mintak kt jiran seblah, malu le plak..ekekke...lastly, akak bantai guna bekas2 plastik kecik..so, jadiklah camtu...sian x kt akak? tp rasa bungkus dlm daun pisang tu jauh sedap..lenkali lah yek...hehe. resepi dr yatt kat MYR...resepi asal lah ye, guna daun pisang tu...hmmm!

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit garam
  • daun pisang di layang skit ke ats api kecil
  • utk inti;
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 keping gula melaka
  • 4 sudu tepung pulut
  • sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Ikan kerapu sambal berserai

Alah, goreng ikan bersambal cam biasa j tu just tambah serai tumbuk bg lain sket rasa...