24.2.11

Whats wif d 3 entries @ once?

Agar2 or puding gula melaka....jun pernah buat berbelas tahun dulu...tp dah terhilang plak resipi. ni try n error, tp x dpt plak rasa yg betul2 mcm dulu..so, layan pic ajelah ye. nnti nk try lagi. kalau ada yg nk buat, kna google lah..hehe. byk resipi tp kita punye ada beza sket, agar2 n santan dimasak berasingan baru dicampur...
oh ya..arini kita bukan rajin update smpai 3 pic tp sbb lepas ni kita nk rehat lah...no more posting after this..til........(blank!).......hehe.
x pergi mana..still around....
pintu rumah ni jun biar terbuka ajelah ye..kot2 ade yg nak guna isi2nya..so, til then...bye!

Lobak masin goreng telur

Resipi sempoi....selalu buat tuk makan ngan nasi or bubur nasi....

sepaket lobak masin-potong2
1/2 biji bawang bombay-hiris
3 cili kering, basuh n potong2
3 batang kacang panjang-potong2
2 biji telur-pukul wif sket garam n pepper

lobak masin digoreng, angkat n ketepikan. tumis bawang bawang bombay hingga layu, masukkan cili kering, kacau sekejap. masukkan kacang panjang, kacau. masukkan telur n kacau serta hancur2kan. masukkan lobak masin tadi n gaul rata. angkat n hidangkan.


Ikan masak hijau

Resipi dr Yatie ni...halalkan akak cnp kt sini ye....(namanya hijau tp akak punyer merah sbb terlebih cili kot? hehe)

  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan (i used fish filet)
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 btng cili merah*
  • 4 btng cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

MAC n CHEESE

As requested by my youngest....

23.2.11

Nasi kebuli

Ayamnya....mmg keemasan..hehe. garing diluar n moist kat dalam...

Nasi n setnya...

Resipi asak chef Wan ni tapi jun ambik dr umah Ita ni...resipi ala2 nasi ayam tp x d cukup set mcm nasi ayam so, sendiri tambah sup (jun buat kt bwh tu) n sos mcm nasi ayam...nway, jun buat half dr resipi asal n ape yg jun tulis kat sini telah dipermudahkan lagik olehku yg x brape rajin ni..hahhaha. nak yg complete g aje k rumah Ita ye...

1/2 ekor ayam-potong 4
1in kunyit-tumbuk
garam

gaul semua n perap ayam didalam fridge selama 4-8 jam (jun perap 4 jam)

2 cawan beras basmathi
air ikut sukatan beras n jun tambah 1 cawan lagi
minyak
50gm butter (jun omit yg ni)
bawang goreng
daun ketumbar
air secukupnya

pes rempah:-blend semua
1/2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 cm halia
2 batang serai
1/2 sudu teh ketumbar
5 biji lada hitam

didihkan air. masukkan pes rempah n ayam tadi. renih hingga ayam empuk. keluarkan, tos n goreng ayam.
tinggalkan sedikit minyak goreng ayam tadi n masukkan beras yg telah dibasuh n ditoskan. masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya bersama butter (jun x letak sbb dah cukup berminyak) n garam. masak seperti biasa.
hidangkan-letak nasi dalam pinggan, letak ayam diatasnya n tabur bawang goreng n daun ketumbar. cukup sesuai dihidangkan bersama sos nasi ayam n sup....


Vegetarian tofu stew

Clear soup! can see thru..hehe. resipi asal jun dpt idea dr sini...ada perubahan sket ikut bahan yg ade kt rumah jun. saje2 wat sup yg simple ni tuk dimakan ngan nasi kebuli...

2 daun bawang-hiris bahagian hijau n putih
2 ulas bawang putih-cincang
1 celery-hiris
1/2 biji tomato-potong wedges
mushroom (any kind of ur fav ya)-hiris
tauhu-potong dadu
carrot (jun tambah)-potong dadu
1/2 kiub ayam (jun tambah)
1 sudu teh kicap cair
pepper
garam
1 sudu teh minyak bijan
air

tumis daun bawang bahagian putih, bawang putih n celery. masukkan carrot, mushroom n masukkan tomato. masukkan tauhu n air secukupnya. didihkan. masukkan bahan2 perasa n renihkan sekejap. masukkan daun bawang hijau n tutup api. sebelum hidang titikkan minyak bijan. (jun masukkan terus selepas tutup api..hehe)


21.2.11

Pizza roll buns

Idea kita dapat dr umah ini tp kita x follow resipi tu..kita buat ikut resipi apple roll bun cik mat..ni cara jun, kalau nak detail ngan inti yg asal..sila k rumah cikmat ye...

250gm tepung roti
50gm gula
1/2 sudu teh garam
125ml air suam
10gm susu tepung
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener
30gm telur-pukul sket
20gm butter
6gm yis

inti:
sos pizza dalam tin atau buat sendirilah kalau rajin, hehe
mushroom, bawang bombay, sausage, capsicum-terpulang atas citarasa masing2 ya
mozarella cheese


larutkan yis dalam air suam n biar berbuih. campurkan semua bahan kecuali butter, masukkan campuran yis n gaul uli jadi doh. masukkan butter n uli lg hingga jd doh yg kenyal. bulat2kan n rehatkan dalam bekas bertutup hingga naik 2 kali ganda lebih kurang 45 min.
tumbuk2 doh n uli, n canai jadi 4 segi, sapu sos pizza, letak topping n tabur cheese. gulung mcm buat swissroll n potong kepada 10 bahagian. boleh masukkan kedalam papercup jika suka..jun letak aje atas dulang bergris. biarkan selama 45min. sapu eggwash n bakar pada 180'c selama 25min. keluarkan n sapu butter.


Daging blackpepper wif potato

Ikut resipi yg kita pernah post kat myr dolu2..cuma kali ni wat kering sket n tambah potato..

  • 250gm daging-dihiris
  • 2 biji ubi kentang potong kecil n digoreng (optional)
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
  • 1/2 biji capsicum
  • 1 pokok daun bawang potong 1 in
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong2
  • 1 biji tomato-dipotong2
  • 2in halia dihiris panjang2
  • sedikit air, garam(jika perlu)

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, masukkan daging dan lada hitam. Biar daging empuk sedikit. jika perlu masuk air sedikit.
  2. Masukkan sos tiram, kicap, capsicum, bawang besar, daun bawang, tomato, halia dan sedikit air.
  3. Gaul sebati, rasakan garam dan angkat.


19.2.11

Apam snow white

Yg ni putih...mmg mcm snow white tp kita saje2 bg kaler pepel kt bawah dia..konon2 snow white pakai skirt pepel...hahhaha

Pic ni nampak mcm yellowish sket..tu sbb cahaya berlebih sbb ambik gambo kt tingkap, hehe

resipi ni ala2 resipi apam seblom ni..nway, konpem jadik, insyaAllah..mmg sedap ni. ramai dah buat pon...resipi dr qnq0910 kat MYR...

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

18.2.11

Rendang ayam

Tiba2 terasa nak makan nasi impit ngan rendang...ingat nk ikut satu resipi ni tp tgk2 bahan, byk yg x d plak...tp nk mkn jugak, masak la ikut bhn yg ade..eh, sedap plak..hahhaha. tp pada jun la..rendang ni masak la mcm mana pon, janji bhn basic ade, sure jadik punye lah...adjust2 mana yg patut, sure sedap...

1/2 ekor ayam-potong2

bahan kisar:-
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
2 batang serai-hiris bahagian putih
1/2 in lengkuas
5 sudu teh cili kisar
1 biji bunga lawang
3 cengkih
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging

2 mangkuk santan pekat
1-2 sudu besar air asam jawa
garam
2 sudu besar hirisan gula melaka
3 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut (opt..nk guna daun kunyit pon ok)
minyak

panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. masukkan ayam, gaul rata. masukkan air asam jawa, gaul lagi. masukkan santan n masak hingga pekat. masukkan bahan2 lain n masak hingga kering sedikit.


Ikan goreng masak taucu

Lama x mkn masakan ni...sempoi aje masaknya...tp dh lama x makan, sedap plak..hehe

sekeping isi ikan kurau-gaul garam n kunyit, goreng, angkat n ketepikan.
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 in halia-hiris
cili merah, hijau n cili padi (pilihan ikut suka, kalau nk pedas sket, gunalah cili api juga)
1/2 biji bawang bombay-hiris
1 paket kecil taucu
sedikit air asam jawa
gula
minyak

panaskan minya, tumis bawang merah, bawang putih , halia n cili2. masukkan taucu n air asam. didihkan. masukkan gula n garam jika perlu (jun x masukkan sbb taucu dah masin). masukkan bawang besar, kacau rata n tuangkan keatas ikan tadi. hidangkan.

17.2.11

Sliced Choc cake


Ada gathering on maulidur rasul's day baru2 ni...ni antara kek yg jun buat....

200gm choc-potong2
200gm butter
1 sudu besar serbuk nescafe
3 biji telur B
170gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
100gm gula halus
100gm gula perang
75ml usu segar + 3 titik cuka-biarkan sekejap
125ml air

masukkan choc bersama butter, serbuk nescafe n air kedalam periuk n masak pada api sederhana hingga cair n sebati. jangan didihkan.
campurkan tepung, gula, gula perang, baking powder, soda bikarbonat n serbuk koko. ketepikan.
masukkan telur kedalam mangkuk, pukul sedikit n masukkan susu yg dicampur cuka tadi. kemudian, masukkan campuran telur n campuran coklat cair tadi kedalam campuran tepung. kacau hingga rata n masukkan kedalam loyang beralas n bergris n bakar pada 160'c selama 1 jam atau lebih bergantung pada oven.

* disebabkan akak nak wat slice cake gitu..akak bakar dalam loyang cookies. agak nipis dr biasalah kek tu. bila sejuk, potong dua n lapiskan dua ngan cheesebuttercream. atas tu sapu lagi cheesebuttercream, sejukkan sekejap. kemudian tuang chco ganache kat atas dia n hias lagi ngan jaluran cheesebuttercream.


16.2.11

Kek pisang lembut


Trus k resipi ye...hehe

180gm butter
150gm gula halus
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur saiz A
1/2 sudu teh esen vanilla
50gm cream
5-6 biji pisang emas-lecekkan

pukul butter ngan gula hingga ringan. masukkan telur n pukul lagi. masukkan cream, esen vanilla n pisang tadi. pukul rata. masukkan tepung bersama baking powder n soda bikarbonat n pukul rata. masukkan kedalam loyang beralas n bergris n bakar pada 175'c selama 50 min.

psst! kat atas kek tu jun letak hirisan pisang, saje2 sbb ade lebih sebijik..hehe

11.2.11

Banana marble cake

Kebetulan ada pisang..x leh tahan..bake jugak..hahhaha. ada rasa pisang..ada rasa coklat...suka? g buat..hehe..resipi copy dr umah D...

250g self raising flour }
1/4st soda bicarbonate }ayak
garam }

185g butter
160g gula halus (tak cukup tambah lagi..ikut manis lidah)
3 biji telur

3 biji pisang berangan - lenyekkan
esen vanilla
100g cooking choc. – cairkan
emulco - option

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek, esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan pula bahan-bahan yang telah diayak tadi, sedikit demi sedikit dan kacau semua sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satunya dibiarkan plain dan satu lagi dicampurkan dengan coklat masakan yang telah dicarikan. Kalau warnanya tidak berapa coklat boleh anda tambahkan coklat emulco.
6. Sendukkan kedalam loyang antara adunan plain dan juga coklat dan marblekan seperti biasa.
7. Bakar pada suhu 175 – 180’C selama 50 minit sehingga ia masak dengan sempurna.


10.2.11

Mee goreng

Sejak CNY holidays baru ni kita x dpt wat byk experiment kat dapo kita sbb ada in laws at home...x leh try resipi baru yek, nnti kalau x jadi sape nk mkn? hahaha...so, layan la mee goreng sempoi ni dulu...tgk lah, dalam next week, maybe leh start baking2 balik..hehe....

9.2.11

Tag My Favourite Blog

Selingan dulu....cekodok pisang..hehe

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali
ok...suda tp maaf ler, sudah kena enteprem ngan kue di atas..hehe

2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.
dari Ummi..(yg pastinya one of my fav..)

3.Listkan 5 blog yg menjadi favourite serta sebabnya.
alahai...5 j k? x dapek nk nolong eh! akak punyer fav berpoloh2...susah nak cakap yg paling utama..yg pasti sume blog yg link kat sini n yg akak folow tu ler fav...terrmasuk berpoloh2 lagik yg x link kat sini...sbb normally yg link kt sini yg masak2..most of them la...so, maaf ler..nak tag 5 tu mcm x adil pada diri akak sendiri sbb sume2 nk tag, hahahha. nway, timakasih byk2 kat ummi sbb suka masuk blog kita yg dah x brape laju n3 nya...tahun ni mmg dh expect sebok byk sbb awal2 lg dah bersusun jadual sepanjang tahun, ceewahhh! tu sbb c-box pon da ilang, keh3..PM pon x sebok mcm akak..kannn? last skalik, timakasih byk2 untuk sume blogger kesukaan akak...i ols mmg suka blog2 u ols..sumber inspirasi sume tu tp maaf ler kalau skarang ni mmg dah jarang2 terjah...last skalik, timakasih jugak pada yg selalu singgah kat sini..have a nice day everyday!


Sambal sotong

Dah lama x buat sambal..asyik2 sotong masak kicap..dah, tu yg kids suka..tp kali ni x kasi can, hahhaha...kita buat jugak sambal...tp kita mkn kuah dia jek..yg lain...org lain jugak perabihkan. nway, resipi ni resipi campak2..x pakai buku resipi..heee

3 ekor sotong (jun guna yg beso betul tau..yg org slalu wat sutun bakar tu)-potong2

bahan kisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

1/2 biji bawang bombay-hiris2
1/2 sudu besar sambal belacan
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
1/2 kiub ikan bilis
gula sket
garam (jika perlu)..jun x isi pon

tumis bahan kisar. masukkan cili kisar n sambal belacan, kacau. masukkan sotong, gaul rata. biarkan sekejap. masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub ikan bilis n didhkan. akhir skali, masukkan bawang bombay. kacau rata. angkat.


K.A.R.I.P.A.P

Currypuff in a box...sila2..ambik sorang satu.....

Hehe...wat masa cuti2 baru2 ni...dah abis laaa..........

8.2.11

(Red) Russian tea cake @ mexican wedding cake


D name is cake..but it is cookies...simple one n salah satu fav kita ni...asal putih aje..tp kita wat merah..for CNY baru2 ni...resipi dah pernah post..layan gambo aje yek...


7.2.11

Ikan masin goreng asam..pelengkap hidangan..penambah selera..

Sambal telur puyuh

Masak lemak cili padi ikan tenggiri n telur ikan

Ikan masin goreng asam

Lauk2 biasa aje...ikan masin tu follow resipi cik mat G......

140g isi ikan kurau (jun guna ikan talang)-hiris nipis, rendam kejap n tos
2 tangkai cili kering-potong2
5 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1/2 cm halia-hiris
300ml jus asam jawa
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh pepper

Panaskan minyal, goreng ikan masin hingga garing, angkat n toskan. letak dalam pinggan n ketepikan.
tinggal sedikit minyak dalam kuali, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih n halia hingga wangi. masukkan air asam n didihkan.
masukkan gula n pepper n renih hingga agak pekat. tuangkan keatas ikan masin tadi n hidangkan.


5.2.11

Marmer cake

Just like ol fashion marble butter cake mom used to make..hehe. resipi dr umah Rima yg vogue itu....cuma, kita punyer choc x smooth, ade bintik2 here n there...but still x effect rasa dia...my mistake, my wrongdoing..ekekke...nway, thanx rima...for sharing! so, here my simple writing recipe..nak yg ori, g kat rumah rima yek...

300gm butter
280gm gula
1 sudu teh esen
5 biji telur
300gm tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar koko + 2 sudu besar air panas
1 sudu teh choc emulco

ayak tepung, soda n baking powder. pukul butter, esen n gula hingga berkrim. masukkan telur satu persatu n pukul. masukkan tepung..rata. bahagi dua, satu bahagian campur ngan campuran koko tadi. masukkan kedalam loyang secara berselang seli n 'swirl' kan. bakar pada 170'c...


Singgang ikan (pari) ala tomyam

Resipi dr umah cikmat lagi....kita mmg suka masak2 yg camni..hehe...oohhh, lama x bersiaran ye..lately ni kejap ade, kejap x de...kita ade gath merata...ni pon kita cilok kejap...
oklah..mat guna ikan pari tp akak guna ikan kerisi jek..hee. ni, resipi ringkas dr akak ye..kalau nk detail, g umah cikmat..

500gm ikan pari (akak guna ikan kerisi)
1 biji tomato-belah 6
2 btg serai-titik
3 daun limau (akak letak 5..hehe, suka bau dia..)
3 asam keping
1 kiub tomyam
1 kiub ikan bilis
air
garam n gula

tumbuk:-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas
1/2 in halia
15 cili padi (akak kurangkan, add cili merah..anak2 x kuat pedas..hehe)
3/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit

panaskan minyak, tumis serai n bahan tumbuk. masukkan air. masukkan asam keping, kiub ikan bilis n kiub tomyam. didihkan. masukkan ikan. masukkan garam n gula. akhir sekali masukkan tomato..

1.2.11

Toasted mixed cheesy garlic bread

Fav my youngest...

Pasta campur ala primavera

Kali ni terasa nak makan pasta style mcm ni tp kita campur sayur2 sket...

125gm pasta-rebus n tos
2 sudu besar minyak zaitun
1/4 cawan daging ayam cincang
1/4 biji bawang bombay-cincang atau dadu kecil2
1 ulas bawang putih-cincang
1/4 carrot-dadu
1/2 biji tomato-dadu
1/4 timun jepun-buang empulur n dadu (kalau ade zucchini, leh guna..kita x d..hehe)
button mushroom-hiris
sedikit bayam-ambik daun
1/4 cawan fresh cream
1/2 cawan susu segar
keju parmesan
garam
serbuk lada hitam
parsley (kalau x d yg segar, guna yg kering)

panaskan minyak zaitun, tumis bawang n bawang putih. masukkan ayam cincang, biar masak kejap. masukkan carrot, timun, garam n lada hitam. kacau. masukkan tomato, mushroom n bayam.
masukkan cream, susu, parsley n keju parmesan. masukkan pasta, gaul rata n angkat. hidangkan.