26.8.11

SeLaMaT HaRiRaYa









Ampon maaf andai ada kesilapan yg sengaja atau x sengaja ye...bulan puasa ni kurang sket xtvt berblog ye...andai panjang umor, berjumpa lagi nnti! Jaga diri selalu..mwah3

20.8.11

Fried fish with tamarind sauce (pla rad prig)

Hah! ala thai lagik..hahaha, puan rumah ni mmg giler masakan thai ramadhan tahun ni..dish ni amat lah senang tp sedap tau! jom try resipi dr Thaitable ni...

1 ekor ikan
2 sdb sos ikan
2 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang merah-"
2 1/2 sdb gula
1 sdb asam jawa (jun guna pes)
2-4 cili padi-cincang (jun campur cili merah sket since ada kids mkn)
daun ketumbar

ikan goreng garing, ketepikan.
tumis bahan cincang hingga wangi. masukkan asam jawa, sos ikan, gula n air sket. didihkan n biar pekat sket. curah atas ikan goreng tadi n hias dengan daun ketumbar.

16.8.11

Thai style fish curry

Resipi ni jun dapat dr yummylittlecooks..tengok bahan2 dia mcm sedap, trus aje salin resipi..mmg kena ngan selera jun la..sejak awai2 pose lagi, tekak ni lebih ke siam plak, hehe. n my kids pon suka..gud la eh?

1/2 kepala ikan (jun guna ikan senangin..ade isi sbb my family mmg x pandai mkn kepala ikan)
1 sdb minyak
6 biji kacang bendi
1 biji terung-potong
1/2 sdb bawang putih cincang
150ml air

rempah:-
1 batang serai-ketuk
1 daun limau purut (jun letak 3)
2 hirisan lengkuas

perasa:-
1/2 sdb sos ikan
1/2 sdb gula
1 1/2 sdb pes tomyam
1 sdb pes cili
1 1/2 sdb jus limau/lemon
80 ml santan pekat
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. masukkan rempah2, bendi, terung n air. tutup n masak selama 3 min. masukkan perasa kecuali jus limau/lemon. masukkan kepala ikan, tutup n masak selama 3Publish Post min. akhir skali masukkan santan n masak lagi selama 2 min. masukkan jus limau/lemon, kacau, angkat n hidangkan.

14.8.11

Daging masak hitam

Resipi asal dr ina sayang kat MYR namanya kambing masak hitam sbb guna kambing..jun x mkn so buat daging lembu..tukar ajelah nama sket..

1kg daging
1 sdt jintan manis}blend
1 btg kulit kayu manis}
2 kuntum bunga cengkih-ketuk}
5 kuntum bunga lawang}
1 biji bawang besar}
2 cm halia}
2 ulas bawang putih}
2 sdb cili giling
kicap
2/3 sd air asam jawa
sedikit gula merah
garam n kunyit

potong2 daging. bersihkan n perap ngan bahan blend, kunyit, cili giling n kicapselama 30min.
panaskan 2/3 sdb minyak, masukkan semua bahan perap tadi, kacau rata. tutup periuk/kuali sekejap. masukkan air asam jawa n tambah air jika perlu. bila daging masak, masukkan gula merah n masak sekejap la,. angkat n hidangkan.

5 Spice Prawns

Resipi dr Che'Iza ni...dah pernah wat seblom ni..tahun 2009..dah dua tahun la kira..x p la ulang semula kan..2 tahun skali makan, hahaha.

300gm udang
3 biji bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih}
2 hiris halia}
3 sdb cili boh
1 sdb sos tiram
2 sdb sos tomato
1 sdk kicap pekat
1 sdk rempah 5 (5 spices)
garam n gula
tomato-belah 6
1 biji bawang besar-belah 6
daun bawang-potong 1 in

tumis bahan tumbuk hingga naik bau. masukkan cili boh n biar garing. masuk udang n biar hingga separuh masak. kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat n rempah lima. masukkan garam n gula. masukkan tomato, bawang besar n daun bawang, gaul rata n masak hingga udang masak.

13.8.11

Yummy usual recipes

Egg tofu and d gang..

Filet ikan dory..masak sweet n sour..seriously, this is my 1st time using Dory n in another word frozen fish! x pernah tergerak ati pon nk beli all d ikan kaku kt dalam freezer kat supermarket tu..hehe. afraid that it will b tasteless during freezing time tu. satu ari tu (lama dahhh..tahun lepas kot? hihi)ternampak Ayu masak guna ikan ni..dok wonder gak, eh..sedap k ek? still x beli gak. End of last week..m a bit short of bekalan nk masak..cari2 fresh fish kat supermarket (isk3..selalu beli ikan kat pasar) tengok sume dah sakit mata. lalu kat bahagian frozen, nampak ikan2 yg keras ni..nak x nak, kna beli lah..kalu x sahur nk masak ape ya? bought 2 pieces..ai masak sweet n sour ni..

ikan potong bite-sized, perap kejap ngan kicap cair,pepper n salut tepung jagung. goreng garing sket n then baru masak sweet n sour mcm biasa. jun x mkn pon.sbb ngantuk sgt, haha. d next day, asked hbby n kids..eh ok x lauk pagi tadi? diorang cakap..marvellous! uikks? next time boleh beli ikan dory lagik..hahahhaha...

11.8.11

(Ikan Bakar) n Air Asam

Teruja tengok kak Nor buat aritu..akhirnya....resipi asal dr Ika..suka2, my kids pon suka makan ni....

4 biji cili api
1 biji lada merah
1 ulas bawang putih
1 in belacan yg di bakar
1 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
1 sdb sos ikan
60ml air asam jawa
1 sdt gula
secubit garam

blend semua bahan. campurkan dengan bahan hiris dibawah

bawang merah hiris
tomato-dadu
daun ketumbar-hiris
cili-hiris bulat

10.8.11

Sotong kunyit rempah kurma


Resipi dr cik mat gebu..kalu tengok gambo kat blog cikmat, kaler mmg kuning gitu tp kat umah jun ni kaler gelap sket. itu sebab kita dah derhaka sket kat respi ni..sketttt jek..kita letak kicap sket sbb my kids kt umah ni suka mkn sotong masak kicap jek, masak lain x layan punya.. so, kita 'trick' sket la ye..alhamdulillah, abis, hehe...

450gm sotong-potong n kelar (jun potong bulat jek)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk kurma
1/3 sdt cili flakes
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2 sdt garam

campur n gaul semua bersama sotong n perap selama 1 jam.

2 ulas bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-hiris
1 batang leek-potong
1 batang cili merah-hiris (jun tambah)
1/4 cwn air
gula sket
sos ikan
sedikit kicap pekat manis (jun tambah)
hirisan daun bawang


tumis bawang besar, bawang putih n cili. masukkan sotong. masukkan air. masukkan leek, didihkan. masukkan gula n sos ikan (n sedikit kicap). angkat n tabur daun bawang.

Spicy soup with chicken n lemongrass (sup pedas ayam dengan serai) or Tom Yum Kai

Lagi resipi dr EZthai..mine not so hot la sbb bulan pose ni kan..lg pon anak2 x mkn pedas..

350gm ayam-potong2
2 btg serai-ketuk n potong 2 in panjang
3 helai daun limau purut
5 hirisan lengkuas
10 cendawan (jun guna shiitake)
5 biji tomato
5 biji cili padi-ketuk
2 biji cili kering
2 sdb bawang putih-ketuk
2 sdb bawang merah-ketuk
3 sdb jus limau nipis
2 sdb sos ikan
3 cwn stok ayam atau air
daun ketumbar-hiasan

panaskan stok ayam/air pada api sederhana. masukkan bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas n daun limau. didihkan, masukkan ayam. bila ayam hampir masak, masukkan cendawan n tomato n masak hingga ayam masak. tutup api, masukkan sos ikan, jus limau n cili. masukkan kedalam mangkuk hidangan n tabur daun ketumbar n cili kering.

9.8.11

Stir fried clams with roasted chili paste

Resipi ni jun ambik kat sini..

450gm clam/lala
1 sdt gula
3sdb minyak
1/2 cwn daun basil
2 sdb roasted chili paste (resipi kt bawah)
4 biji cili merah-hiris halus panjang
2 sdt bawang putih cincang
1 sdb sos ikan

panaskan minyak. masukkan bawang putih hingga kekuningan. masukkan lala n kacau. masukkan sos ikan, gula n 'roasted chili paste'. sebelum angkat, taburkan daun basil n cili merah. kacau rata n angkat.

ROASTED CHILI PASTE
5 biji cili kering-roasted (kacau dlm kuali tanpa minyak)
8 biji bawang merah - "
6 biji bawang putih - "
2 cwn minyak
1 sdb palm sugar/gula merah
1 1/2 sdb air asam jawa
1/4 sdt garam
3 sdb sos ikan
1 sdt belacan

tumbuk cili kering n garam. masukkan bawang merah, bawang putih n tumbuk lagi hingga halus. masukkan belacan, tumbuk sebati.
panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi. masukkan sos ikan, gula n air asam jawa, kacau rata.

8.8.11

Prawn moli

Ala2 masak lemak...berkrim tp x pedas...beza sbb ada guna daun kari..sedap juga..hehe. resipi ni jun ambik dr rumah Tes... resipi kat bawah ye..

Ni...penambah kolesterol..hihi. alaaa, bukan selalu dpt ni..telur ikan goreng...dah lama x makan..bulan pose ni biasalah, mcm2 timbul kat pasar tu..selalu pegi x d pon..hehe

PRAWN MOLI (separuh dr resipi asal..kalau nk original recipe, sila k umah Tes ya)
250gm udang
1/2 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-cincang
1 in halia-hiri
1 cili hijau-potong x putus
1/2 biji tomato-hiris
1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt garam
santan (Tes guna coconut cream n milk..jun guna santan aje)
1 sdb minyak
biji sawi
daun kari

panaskan minyak, tumis bawang n daun kari serta biji sawi. masukkan bawang putih, halia n cili hijau. masukkan serbuk kunyit. masukkan santan, didihkan. masukkan udang n garam. masukkan tomato, biar kejap. angkat.


7.8.11

Supermoist eggless choc cake

Resipi dr umah Dayangjack...

1 cwn tepung
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 cwn serbuk koko
2 sdb susu tepung
1 1/4 cwn air sejuk
1 cwn gula perang
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt coffee/choc emulco
1/2 cwn minyak
1 sdt cuka

campurkan tepung, baking powder, soda n serbuk koko.
masukkan susu tepung, garam n gula.
masukkan air sejuk, minyak, esen n emulco. kacau rata. masukkan cuka, kacau n masukkan kedalam loyang n bakar pada 160'c selama 30-40 min.
sejukkan n hias..(jun x hias pon)

4.8.11

Love...love macarons


Stok telur putih lom abis..pose2 pon buat jugak la...permintaan my youngest x puas ati last time wat filling choc n coffee, kali ni ikut selera dia..letak buttercream n sedikit strawberry jam. saje2 try skil wat bentuk love sket..sweet plak nampak, hehehehe...


Kek sponge coklat lapis cheese

Ni pon buat masa seblom pose tu gak sbb anak nk mkn ciskek....

Roti sebelum ramadhan



Ni kes nak perabihkan stok tepung roti..tau2 ajelah, bulan pose ni kureng la sket xtvt membuat roti..ni buat masa sehari seblom pose..dah lama abis, hehe...

2.8.11

Nasi Arab Berempah

Resipi ambik kt MyR...

6 ketul ayam (jun tukar daging)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdt jintan manis
1/2 sdt jintan putih
1/2 sdb lada hitam
3 cwn beras basmathi
5 cwn air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bawang besar-mayang
1/2 cwn sos tomato
2 sdb rempah kurma
garam n gula

tumbuk kasar bawang merah, bawang putih n halia. masukkan ayam, jintan2, rempah tumis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma, air n bahan yg ditumbuk tadi kedalam periuk. masukkan garam n gula. masak hingga mendidih n ayam/daging masak.
basuh n rendam beras selama 20 min, toskan
asingkan ayam/daging dr sup. bahan2 rempah dalam sup tadi dikisar hingga halus bersama 1 cwn sup tadi.
panaskan minyak sapi, masukkan bawang besar. masukkan bahan yg dikisar. masukkan 3 cwn sup lagi bersama sos tomato. masukkan garam n gula. bila hampir mendidih, tutup api. masukkan beras kedalam periuk diselang seli dgn ayam/daging tadi. masukkan sup yg dimasak tadi n masak nasi seperti biasa.

Acar

Ni acar yg tumis punye..dah lama x buat..malas plak nk search recipe..ku hentam keromo aje, janji ada rasa acar, heheh

timun, carrot, kobis n nenas-hiris2
1/2 sdt biji sawi
1 kayu manis
1 bunga lawang
3 biji cengkih
2 buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 sdb pes cili
1 sdb rempah kari
1/2 sdt serbuk kunyit
1 sdb cuka
air sket
garam n gula

Sardin masak tom yum

Resipi dr kak Fida kt MYR...

1 tin sardin
2 biji bawang besar-hiris bulat
4 ulas bawang putih-hiris
1/2 in halia-hiris/ketuk
1-2 cili merah-hiris
1-2 btg serai-titik
2-3 helai daun limau purut
1 sdb pes cili
1 sdb pes tomyum
1 sdt serbuk lada hitam
carrot
tomato-belah 6
cili padi-opt
air
minyak
garam n gula

tumis bahan2 hiris, serai, daun limau hingga wangi. masukkan sos sardin, pes tomyum, serbuk lada hitam n carrot. masukkan ikan sardin, garam, gula n air sket n masak hingga mendidih. akhir skali masukkan tomato n cili padi, masak sekejap lagi. angkat.