16.1.12

Cheese lagik...Slice Cheese Cake


Hah..ambik ko! dah brape dok bercheese2 ni...aritu dah wat ciskek..ni anak mintak lagik. cream cheese dah abis..yg ade cheese keping2 tu j...seb baek ade resipi Ros ni...dulu dah pernah buat yg pandan, kali ni plain aje.

4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70gm butter/majerin-jun guna butter
70gm tepung gandum-ayak
70gm gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanilla

carik2kan slice cheese kecil2 n campurkan dgn susu segar didalam periuk. masak menggunakan api perlahan , kacau selalu hingga cheese cair/ masukkan butter, kacau lg hingga larut. angkat n ketepikan, sejukkan sebentar.
asingkan putih n kuning telur. pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang. masukkan adunan cheese tadi, pukul. masukkan tepung sket2 n pukul lagi. pastikan adunan x berketul. akhir skali, masukkan meringue sket2 n esen vanilla, kaup balik hingga rata. masukkan kedalam loyang beralas n bergris. bakar pada 170'c selama 20min n turunkan suhu pada 140'c n bakar lagi selama 40min.= menggunakan kaedah 'bain marie'.

9 Clean Plate(s):

♥MAMASYAZA♥ said...

sedapnyaaaaa

faa.rosli said...

eh senang la wat ciskek ni. nak try la!

`Aine`Ainun* said...

macam senang///ehehee
nak cubala...

tun_telani said...

all time feveret! selembut kapas, xyah gigit2 dh bila makn. hihi

ibh said...

Semua dah buat. Sue sj belum try lg membuatnya. . Heeer

Jun said...

mamasyaza..sedapla, ringan jek masuk mulut, hehe

faa...senang jek..buat taw!

aine..mmg senang..cubalah

tun..bahaya buat selalu..x terasa pon mkn byk, ekekeke

sue..buatlah plak...lom jd org terakhir lagi, heheh

manjeamusyuk said...

salam.. dari atas sampai scroll ke bwh..semua foto kt cni btul2 looks yummylicious! Nak try la salah 1 cheesecake tu ;)

Jun said...

manjeamusyuk...hehe..sila2...

lelayong said...

Kak jun, klau guna mozarela cheese bleh tak? kat umah byk stock tu..