13.9.12

Siakap Asam Rebus


Ni antara masakan fav..simple tp sedap. kat tekak ai la ye...kat korang x tau la. resipi ni lebih kurang aje kat mana2..cuma ade yg buat kelainan..tumis sket k...guna cili merah atau cili api atau cili kering..kali ni ikut resipi dr rumah kak Pah @ Bundo ni...cuma, beselah..ai tukar la sket ikut apo yg ado kek ghumah den ni yo! hik3

1 ekor ikan siakap dikerat beberapa potong
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
2 batang serai diambil bahagian putihnya sahaja *
1 cm halia *
1 cm lengkuas *
2 biji cili merah *
sehiris nipis kunyit hidup*
1 helai daun kunyit
1 atau 2 keping asam gelugur
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya
beberapa biji bende -jun x isi
1 biji tomato dibelah lapan dan dibuang bijinya} jun tukar guna nenas..byk stok nenas masa ni, hehe
air secukupnya


Blend bahan yang bertanda*.
Masukkan ke dalam periuk dan di tambah air. Airnya jangan terlampau banyak. Agak-agak ikan tenggelam sahaja. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kunyit yang dicarik-carik, daun limau purut dan garam secukupnya. Kalau suka pedas boleh masukkan dua tiga biji cili api yang dititik (jun x boleh letak..family member x kuat pedas)
Masukkan pula bende (jun letak nenas). Kalau suka bubuh perasa tambahan, bubuhlah. Bila sudah masak, padamkan api dan masukkan tomato.

3 comments:

Cik Puan Izan✿ said...

tak sangka siakap pun boleh msk asam. kita ni tak pandai nak mempelbagaikan mskn... biasa kalau siakap pandai msk stim dan goreng jer...hehe

ibundo said...

ju, macam terpanggil je nak datang sini makan lauk asam robus. Moleleh air lio ai tau...

fuzidss said...

ha idea yg menarik ni