1.12.12

Rendang Minang (Daging)


Resipi dr dapur Bundo ni.....mmg sodap sangat..timokasih yo bundo! hehe..jun terbuat kering sket. resipi, kita copy ye bundo, hik3

1 kilo daging
4  biji kelapa diambil santan pekat (santan cair diketepikan untuk blender bahan)
2 batang serai dihiris *
4 ulas bawang merah *
3 buku bawang putih *
sebesar ibu jari kaki halia dihiris nipis *
3 kali ganda besar halia, lengkuas dihiris nipis *
8 helai daun limau purut diracik *
1 helai daun kunyit yang agak lebar diracik *
cili api mengikut kepedasan yang dikehendaki *
1 sudu besar lada putih

Santan pekat dijerang sehingga agak pekat.
Bahan-bahan bertanda * diblender bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan daging yang telah dipotong-potong. Perap sebentar.
Masukkan daging ke dalam santan dan masak sehingga kering. Rasakan garamnya.

Nota: Apabila kuah pekat dan merecik-recik, ia hendaklah sentiasa di kacau/ aduk supaya tidak melekat.

3 comments:

~~zana@pb~~ said...

Rendang bundo mmg terbaik tau!

Norzie hany said...

Salam kenal dik.
Nampak mcm sedap rendang minang ni,daging masih ada...nanti bolehlah akak cuba.

Cendana Kasih said...

suke rendang... tp nk membuatnyer? adoiiii