25.1.13

Best Moist Chocolate Cake



This one i made for my BFF..hehe. so, deco2 n snap aje pic sbb dah dekat masa nk gader2 aritu...resipi jun ambik kat umah Naz . resipi asal dr sini ye..

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk

1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 tsp esen vanilla
1 cawan air mendidih (jun guna air nescafe)

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
*jun bakar dalam bentuk kapkek selama 25min.

9 comments:

Gee® said...

Salam Jun, terlior tgk kek tu...moist jer... Dah lama tak buat kek coklat ini... anak2 cuti ni bolehlah buat...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodap tu Jun... kalau anak Nabil tengok ni.. dah menjerit surah akak buat :D

faa.rosli said...

waahh...ramai laa plak buat kek coklat ni....kena buat jugak ni..hiuhiu

shahliza81 said...

sedapnyer tgk gambar kek ni..nanti bleh cuba respi ni..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..emmmm moist betul kek ni...tergudaaaaa

Anonymous said...

Once you have main problem to see your home, a brokers may perhaps drive you across all room having their BC driving license. Folks agency is not an adding up payment. More information y discuss with a manager involved united states of america blog page. http://www.vancouverhomesrealestate.com/

MiSz OnYz said...

kak jun....

dh try.. sedap sangat.. suke2.. :)

Anonymous said...

nampak sgt mohon copy resepi ye..terima kasih.. :)

Anonymous said...

***maaf tertinggal sedap..huhuu..
nampak sangat sedap sebenarnya..