21.1.13

Cinnamon Pull Apart Bread


Roti ni femes quite sometimes ago n still...tp jun baru j terhegeh2 nak try..resipi dah berkurun salin..nway, mmg worth trying..sedap..for 'em who likes cinnamon, u shud try this...jun mkn berdua aje..wif en somi tp ai mkn lg byk, hahahaha. jun wat half from this recipe...resipi jun ambik kat umah k.Nor ye...asalnya dia ambik kat rumah Joy the Baker ni. APSAL DLM GAMBO NI NAMPAK HANGUS? actually dia dark brown aje, x cukup lighting ni, ambik gambo pon ala2 sbb x sabo nk mkn, hehehe....

2 3/4 cwn + 2 sdb tepung
1/4 cwn gula kasar
2 1/4 sdt yeast
1/2 sdt garam
4 sdb butter
1/3 cwn susu penuh krim
1/4 cwn air
2 biji telur (size A)
1 sdt esen vanilla



Untuk Filling:-
1 cwn gula kasar - jun guna 1/2cwn gula perang
2 sdt serbuk kayu manis (cinnamon) -jun guna 1 sdt
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - follow k.Nor..x letak sbb x d stok
4 sdb butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, and garam. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam mangkuk kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan esen vanilla. Biarkan seketika sehingga campuran menjadi suam2 kuku.

Tuangkan campuran susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. masukkan 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. Doh akan menjadi melekit. Masukkan doh kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda.

*untuk cara2 membuat roti jun x d ambik step by step pics so korang boleh tgk kat blog Joy the Baker ya..

Bakar roti pada suhu 350'F selama 30-35min..keluarkan dr oven n biar selama 20-30min sebelum dikeluarkan dr loyang.

4 comments:

Gee® said...

Yummy!!

Ummi said...

Assalam Jun cayang....kalau tau byk roti kat rumah Jun, ummi singgah smlm masa hantar Najiha...hehehehe.. Xpun serbu roti Mama ke...eh dpt dua2 lgk bagus...! BM kita dah masuk kotak belaka daahh... *__*

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak tak pernah makan ni Jun.. boleh juga try resepi ni

♥MAMASYAZA♥ said...

nampak sedap la