7.3.13

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH


Resipi import dr umah Ita tuan punya rumah masam manis tu...akak buat berkuah sket sbb cik abg ai suka ade kuah kalu makan nasi...sbb x brape rajin nk masak lauk lain, tambah la kuah kat sini, kih3..

1 ekor ayam
sedikit garam dan kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

Bahan kisar:-
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
1 batang serai

Bahan tumis:-
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai - dititik

3 biji kentang - di hiris dan digoreng
2 biji bawang besar - potong bulat
2 sdb kicap pekat
2 sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan tumis hingga naik bau. masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam. jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air. Didihkan.  masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris. biar kuah masak dan pekat. masukkan garam dan gula secukup rasa.

6 comments:

sabar dubai said...

Dapnyeee kak jun

kak ina kl said...

wah sedapnya..lama tak jumpa kamu kan jun?

Sury Abil said...

Sedap..kite pun kalau masak kicap ni mmg nak ada kuah gak..;-)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap sungguh tengok tayang ayam masak kicap berempah ni Jun... memang yummy sungguh tu :D

Gee® said...

anak2 gee suke ayam masak kicap ni...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum kak..fuhhhh sesuai sangatlah ni nak dipraktikkan di dapur sendiri especially buat saya yang bekerja ni selalu terkejar2 nak sediakan dinner