Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

12.3.13

DONUT KELEDEK


Ambik resipi kat umah IZAH ni....resipi asal donut kentang dr kak WAN...

200gm tepung gandum
1 1/2 sdt yis
100gm ubi keledek
1 sdb susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sdb butter
1 biji telur kuning
1/2 sdt garam
60ml air
gula aising tuk salut
minyak

Ubi keledek di kupas n rebus hingga empuk. lenyekkan, sejukkan. Satukan tepung gandum, gula n yis, gaul rata. masukkan keledek lenyek n bahan2 lain kecuali air. gaul rata. masukkan air sedikit demi sedikit n uli hingga menjadi doh lembut. tutup n rehatkan adunan selama 15min.
Canai n terap dgn acuan donut n letak atas dulang yg ditabur sedikit tepung. (jun buat bulat2 aje)rehatkan selama 20min hingga mengembang. panaskan minyak n goreng hingga kekuningan.salut dgn gula.


20.2.13

CHEESE BREAD PUDDING



Serius sedap okeh! kih3....resipi dr Ibundo ni n nampak kat rumah Mas... n jun ikut resipi Bundo tp guna cara Mas...jom tengok...

10 keping roti sandwich (bundo guna gardenia)-jun pon
1 1/2 - 2 cawan fresh milk
2 biji telur

Roti dikoyak-koyak.  Curahkan fresh milk dan masukkan telur. Gaul sebati dan ketepikan.

200 gm cream cheese
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil vanila
2/3 cawan whipping cream

Pukul cream cheese hingga kembang.  Masukkan gula dan vanila. Pukul hingga sebati.  Masukkan whipping cream dan pukul hingga agak pekat.  Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam roti. Gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang.  Bundo gunakan loyang berukuran 30x10x4 cm.  jun pon sama, hehe. Ngam ngam muat satu adunan ni. Kemudian bakar dalam suhu 170deg c lebih kurang 40 minit.


*cara jun:- (follow cara Mas)
Bancuhan cream cheese tu jun x masukkan dalam adunan roti. biar asing. dalam loyang, jun masukkan separuh adunan roti, pastu ratakan adunan cheese n tutp dgn separuh lagi adunan roti. baru bakar dalam oven..

19.2.13

PAU GEBU (Water Roux)


Resipi dr Ros ni..memang gebuz..untuk resipi penuh berserta resipi inti kelapa sila k rumah Ros ya..

500 gram tepung pau
3 sudu besar shortening
220ml air suam + 1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
inti pau secukupnya (jun guna kacang merah)

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik , kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam. Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api selama 7 - 8 minit , bergantung pada saiz pau.
- pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti

17.1.13

Kuih Koleh Kacang


Ni antara kue fav my laling...n sejak tau mkn ni, dah jd kue fav akaq jugak..kali ni tried recipe from umah Azie ni...tp akaq terbuat lembik sket..my mistake okeh!

1 cwn santan pekat
1 cwn gula merah
2 sdb gula pasir
1 cwn air
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
beberapa helai daun pandan
secubit garam

masak 1 cwn santan hingga menjadi tahi minyak, angkat n biarkan dlm 2 sdb lebihan minyak dlm kuali. griskan juga loyang dgn sedikit lebihan minyak tadi. ketepikan.
masak gula merah, gula pasir, air n daun pandan hingga larut. ketepikan n biar sejuk.
satukan tepung kacang hijau, santan,garam n air gula merah dalam bekas n kacau sebati. masukkan kedalam kuali berisi minyak tadi. masak sambil kacau selalu hingga pekat berkilat. tuang dalam loyang yg di gris tadi. tabur tahi minyak diatasnya rata2 n sejukkan sebelum dipotong.

11.12.12

Kuih Bakar Durian


Adik ipar bagi durian...alaa, 3-4 bijik aje tp sbb family jun ni x semua penggemar tegar durian..susah jugak nak perabih tu, hehe. dok fikir2 nk terai buat cik crepe yg femes lately tu tp mcm x d org nk mkn jugak nnti. last2 buat kuih ni..hmmm, bg jun yg bukan hantu durian ni...not bad ye this kuih...resipi ni dr Bro Rozzan tp bukak pg ni dia dah privatekan plak blog dia..x dpt la nk bg link ye..nway, jun letak jugak la resipi dia..hrp2 bro x marah....jun buat half dr resipi ni sbb yg mkn kue macam ni 2 org aje..itupon x abis2, aiyooo

260gm tepung gandum
240gm gula
400ml santan pekat (dalam kotak/paket)
450ml air
4 biji telur saiz besar-pukul sket
250gm isi durian-lecek
2 sdb minyak sapi
1 sdt garam
pewarna kuning-opt
secubit serbuk vanili (jun guna esen vanilla)

Satukan tepung, gula n air, kacau rata2.. masukkan isi durian, santan, telur, vanili, pewarna n garam, kacau lagi.masukkan minyak sapi n kacau rata. panaskan loyang n sapu sedikit minyak/minyak sapi. tuang adunan kedalamnya n bakar selama 30-40min pada 180-200'c.

11.10.12

Kuih Tepung Talam




Resipi ni dah lama salin...baru berkesempatan nk buat. resipi dr Q ni tp blog dia dah di 'private'kan so x dpt la akaq nk bg link ye..asalnya kuih ni nama dia Kuih Tepung Talam Kurma n mmg ade isi kurma tp yg ni jun x letak kurma, just guna resipi adunan tu jd kuih tepung talam jek. my laling ckp ok jek..x manis sgt, sedang elok jek. harap Q x marah akaq letak resipi dia kat sini...

lapisan bawah:-
1 cwn kurma-hiris
1 1/3 cwn tepung
1/3 cwn gula
3/4 cwn gula merah
2 1/2 cwn santan
1 biji telur

kisar semua bahan kecuali kurma, tapis. masukkan kurma n masukkan kedalam loyang bergris. kukus selama 25min.

lapisan atas:-
2 1/3 cwn santan pekat
3/4 cwn tepung
1 sdt garam

campur semua, tapis. curah atas lapisan pertama n kukus selama 30min.

21.9.12

Senyum si Snow White


Susah betul nk dpt yg semua senyum gumbira mcm ni..selalu jun buat sure sebahagian aje yg senyum..yg lain sombong, hehe. tp kali ni..semua senyum mekar gitu...walaupon diasak air menggelegak di bawahnya, hahahaha...this recipe is a keeper...senang n sedap..mmg selalu buat..Apam Snow White...kali ni mmg buat semuanya putih seperti namanya...resipi, pernah buat..jenguk aje kat SINI ye...

* arini..lappy ni bermasaalah...baru mlm ni lah ok plak..hrp2 esok x buat hal lagik..kalau x..cuti lama plak la lagi, hehe. so...esok2 plak la kita letak n3 beresipi yek!

17.9.12

Apam @ Muffin Pisang Coklat


Resipi dr Chef Hanieliza....ambik kat fotopages dia ya..dah lama buat n abispon...hehe

Bahan A:-
2 cwn tepung gandum
2 sdb serbuk koko
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
sedikit garam

Bahan B:-
1 cwn pisang emas-lecek
1 cwn minyak
1 1/2 cwn gula perang
2 biji telur -pukul dgn garfu

Ayak bahan A kedalam mangkuk. masukkan bahan B. kacau rata. masukkan kedalam acuan kecil atau loyang. kukus selama 30 min atau hingga masak.

17.8.12

Koleh Lemak



Antara kue fav en suami...femes kat Pantai Timur...masih menggunakan sambal ikan seperti sebelum ni...kali ni jun ambik respi kat FB..(lauk pauk/kuih muih kelate)...x d sukatan spesifik ya, agak2 ok..

1 cwn tepung beras
200ml pati santan (campur air hingga menjadi 1 ltr)
1 1/2 sdb gula
2 1/2 sdt kecil kfc rata garam
sedikit halia-dimayang halus
sedikit halba

campurkan semua bahan diatas, kacau atas api hingga pekat berkilat. masukkan kedalam loyang n sejukkan sebelum dipotong.

Sambal kelapa:-
isi ikan rebus
bawang merah
serai
halia
lada hitam
gula melaka
gula pasir
garam
kelapa perut putih-sangai hingga kekuningan

tumbuk lada hitam, serai, bawang merah, halia n gula melaka hingga lumat. masukka isi ikan n tumbuk lagi. campurkan bersama kelapa n masak lagi atas api kecil. masukkan gula n garam secukupnya. kacau hingga agak ringan n kemudian tumbuk sedikit tp jgn sampai lumat. sedia untuk dihidang bersama koleh lemak (jun tabur byk2 kat atas, hehe)


26.7.12

Talam Cendol


Tried resipi versi AlongRoz ni tp permukaan kat atas tu x smooth sgt..jun terlupa n terkukus lama sket...tu k sebab nya ? tp rasa maintain, hehe..nway, Along ade letak kacang..jun guna totally cendol...

Lapisan Bawah:-
70gm tepung beras
30gm tepung hoen kwee
85gm gula melaka/merah
80gm gula
550ml air
1/4 sdt air alkali

Lapisan Atas:-
500ml santan
3/4 sdt garam
35gm tepung beras
25gm tepung hoen kwee
100gm cendol (jun doublekan)
100gm kacang merah besar (jun x d stok)

Campurkan bhn2 lapisan bawah n tapis. masak dgn api perlahan hingga pekat. tuang kedalam acuan yg disapu minyak n kukus 30min.
Campurkan bhn2 lapisan atas n masak dgn api perlahan hingga pekat sedikit. tutup api, masukkan cendol n kacang merah hingga rata. tuang keatas lapisan pertama n kukus lagi selama 30 min. sejukkan sebelum dipotong.

11.7.12

Apam Keledek Purple


Ikut style kak Nor...tp polos ajelah..x d kelapa bagai...kat rumah jun ni...my kids makan apam tanpa kelapa, hehe...

1/2 cwn gula pasir
200ml air
1 helai daun pandan
2 cwn tepung beras
1 cwn keledek
3/4 cwn tepung gandum
sedikit garam
1 sdt yis
1 sdt baking powder
250ml susu cair/santan

Keledek direbus n di blend bersama dgn susu cair/santan. ketepikan.
masak gula bersama air n daun pandan.
Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yis, baking powder n garam. masukkan semua kedalam blender n kisar sebati. perap selama 1 jam.
Sapu minyak pada acuan2 kecil. masukkan adunan n kukus selama 15min. (jika menggunakan loyang, kukus selama 40min.

17.5.12

Bingka Labu Lemak Manis


I really love this...kali ni try resipi dr rumah Yatie plak..

2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sdt garam
1 sdt esen vanilla
2 sdb butter/minyak sapi
2 cwn labu-yg telah direbus n dilecek
sedikit bijan

Panaskan oven pada 200'c, lengser loyang dgn butter, panaskan sebentar.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali labu n bijan, kacau hingga sebati. tapis adunan, tuang dalam mangkuk besar, masukkan labu n kacau rata. tuang dlm loyang tadi, tabur bijan. bakar selama 1 jam atau hingga masak. biar betul2 sejuk sebelum dipotong.

15.5.12

Apam Indon


Resipi dr Blackmore kat forum cari ni tp jun follow puan Ita ni dr segi cara2 dia......tq to all...macam biasa, kek2 kat rumah ni selalu diambik gambo siap2 dlm container sbb kna bg kt org lain sebelum tukang masak ngap lebih2, hahaha.

5 biji telur
1 sdt ovalette
1 sdt esen vanilla
300gm tepung gandum
300gm gula halus
250ml susu segar atau santan
1/2 sdt baking powder
sedikit garam
pewarna


Panaskan kukusan. balut penutup dengan sehelai kain. sediakan loyang berukuran 9". oleskan dgn minyak n alas dasar dgn baking paper.
Ayak tepung bersama baking powder. campurkan garam kedalam susu. 
Putar telur bersama ovalette pada kelajuan tinggi hingga kembang. masukka gula sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum sedikit2 berselang seli dgn susu/santan. bahagikan adunan kepada 3 bahagian. masukkan pewarna disukai.
Masukkan adunan perta kedalam acuan. kukus selama lebihkurang 10min. ulangi kaedah yg sama untuk lapisan ke 2 n ke 3. adunan terakhir dikukus selama 30-40min.


Jun follow cara Ita..
Bahagi adunan kepada 6 bahagian. 2 bahagian dicampur coklat emulco. 4 bahagian dimasukkan pewarna berbeza. kukus lapisan pertama (coklat) selama 10min. kemudian  tuang bahagian berwarna berselang seli seperti membuat kek marble n kukus lagi selama 30min. akhir sekali masukkan bahagian berwarna coklat yg terakhir n kukus lg selama 20-25min.

Jemput2 Ikan Bilis


Saje2 try resipi dr Zsrina kat MYR ni...

4 cwn tepung gandum (lebih kurang)
3 biji ubi kentang-rebus n lecek)
segenggam ikan bilis*
1 biji bawang besar*
garam secukupnya*

Kisar bahan bertanda *. pastikan tidak terlalu banyak air. masukkan kedalam ubi kentang yg dilecek tadi. gaul sebati. masukkan tepung sedikit2 hingga mendapat adunan sesuai untuk membuat jemput2. goreng macam biasa..

3.5.12

Talam Pisang


Resipi dr kak chef Hanieliza

Lapisan bawah:-

1 cwn pisang (didadu/lecek)
1/2 cwn gula
1 cwn tepung beras
2 sdb tepung kastad
2 cwn santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning (mine dah abis, ganti kaler hijau)

Panaskan kukusan. alaskan loyang bulat saiz 8in dgn daun pisang atau sapu minyak jika tiada daun pisang. (jun guna acuan kecil2). gaulkan semua bahan n tuang ke dlm loyang. kukus selama 30min. cakar2 sebelum masuk adunan atas.

Lapisan atas:-

1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1 sdt garam

Gaul semua bahan hingga sebati. tapis kedalam non stick pan n kacau atas api sebentar. bila hampir pekat, tutup api n tuang atas lapisan pertama tadi. kukus lagi selama 20min. sejukkan sebelum dipotong.


25.4.12

Apam Tapai Pulut


Ada beberapa bekas kecik tapai yg org bagi kt dalam fridge..jun n family mmg x mkn tapai..so carilah something yg boleh buat dgn tapai. my family suka apam..search punya search, jumpe resipi ni kat umah kak rusnah ni..tp dia buat cun aje kembang merekah...yg jun buat jadi lembut n x berkembang mekar. somemore, sedikit berat n padat kalau nk dibandingkan dgn resipi apam yg sebelum2 ni walaupun adunan lebih cair. maybe sbb kandungan liquid dlm resipi ni lebih sket. nway, tetap jadi apam ni n dah habis pon, hehe.

1 cwn tapai pulut*
2 1/2 cwn air*
3/4 cwn gula*
1/2 cwn nasi
200gm tepung beras
50gm tepung gandum
1/2 sdt yis
1/2 sdt double action baking powder

Blend bahan bertanda * n tapis. gunakan air tapisan untuk mengisar nasi sampai halus.
Campurkan tepung beras, tepung gandum n yis bersama nasi yg dikisar tadi. perapkan selama 3-4 jam.
panaskan pengukus n acuan lompang. adunan yg diperap tadi dicampurkan dengan double action baking powder n biar selama 10 min. tuang adunan kedalam acuan n kukus selama 15-20 min. sejukkan n hidangkan bersama kelapa parut yg dicampur sedikit garam.

12.4.12

Kuih Kaswi


Resipi dr rumah KakWan ni..

bahan A:-
1 1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula
1 cwn air
2 helai daun pandan-disimpul

Satukan semua bahan , masak atas api sederhana hingga larut, menghasilkan 2 cwn air gula. sejukkan.

bahan B:-
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
3 cwn air
2 sdb air kapur

Campurkan semua bahan, kacau rata. campurkan dengan bahan A, kacau rata n tapis. tuang kedalam loyang yg di gris dgn minyak. tutup loyang dgn foil n kukus selama 1/2 jam. biar sejuk sebelum di potong. hidangkan bersama kelapa parut yg dicampur dgn sedikit garam.


5.4.12

Bingka Kacang Merah


Sedap ni...kna ngan selera ai..hehe. resipi ni ramai jugak dh cuba rasanya. resipi dr Yatie ni...actually, masa ambik resipi ni kurang sabo sket...kacang merah tadek tp pes kacang merah ade..akak bantai ajelah tp knalah edit sket2 bab bahan2 tu..nway, ni respi asal yek..

1 1/2 cwn kacang  merah (rebus)}
1 cwn air } dikisar bersama
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan
1 cwn gula
3 sdb butter
2 biji telur
sedikit garam
pewarna merah
sedikit bijan

masukkan semua bahan kecuali bijan kedalam blender. kisar sebati. masak sekejap hingga berwap dgn api sederhana selama 10 min. panaskan over pada 175'c. gris loyang dgn minyak/butter n panaskan sekejap didalam oven. keluarkan, masukkan adunan, tabur bijan. bakar selama 50min menggunakan api atas bawah n 5 min lg untuk garingkan bahagian atas.


29.2.12

Kuih Lapis Labu


Resipi angkut dr rumah Yatie ni...sedap mcm kue2 lapis yg lain...

bahan A:-
2 cwn air
1 1/4 cwn gula halus
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan-simpul

bahan B:-
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
2 cwn santan pekat
2 cwn air

bahan C:-
1/2 cwn santan pekat

bahan D:-
1 cwn labu yg telah direbus n dilecek halus

Masak bahan A hingga gula larut, sejukkan n ketepikan.
Dalam mangkuk lain, satukan bahan B. gaul rata n masukkan bahan A kedalam B. kacau sebati n tapis. kemudian adunan dibahagi 2. satu bahagian dimasukkan banah C n satu bahagian lagi dimasukkan bahan D. Bahagi setian bahagia tadi kepada 3 bahagian lagi.
Panaskan kukusan. alas loyang dgn plastik n sapu sedikit minyak dikelilingnya. masukkan adunan labu n kukus selama 5-7 min. kemudian masukkan bahagian santan n kukus lagi selama 5-7 min. ulang hingga habis n lapisan terakhir kukus selama 20min. angkat n sejukkan baru dipotong.


28.2.12

Kuih Serimuka


Ni lah pertama kali kita makan kue ni abis sepotong...so, surelah ni lah julung2 kalinya kita try buat kue ni...x caya? hehe. actually, dr kecik kita mmg x suka mkn kue kukus2 ni..apatah lagi yg ade pulut.my taste more to savoury n fried one..dh tua2 ni ajelah br nak try yg mcm ni. tp cik abg kita suka kue ni..so kita try ler buat bila nampak kat umah cik Ika tu punyalah cun dia buat. ok lah kiranya kot for 1st timer like me...agreed? resipi asal dr sifu kak Liza tp jun copy from rumah Ika...

lapisan bawah:-
2 cwn pulut
2 1/2 cwn santan cair + sedikit garam

basuh pulut n rendam beberapa jam. masukkan semua bahan kedalam loyang n kukus hingga masak. lapikkan plastik dalam loyang 8in, tekan2kan pulut yg telah masak td supaya mampat n cantik.

lapisan atas:-
2 cwn santan pekat
1 cwn jus pandan + pewarna hijau
3/4 cwn gula
3/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung kastad
1 biji telur
1 sdt garam

masukkan semua bahan kedalam mangkuk n kacau rata. tapis. masukkan kedalam loyang berisi pulut tadi n kukus lebih kurang 30min. sejukkan dulu sebelum dipotong dgn pisau plastik.